fbpx

Semua Kompeni dan Produk MLM / Bisnes Refferal Boleh Dimanipulasi

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 210Words
  • 526Views

Rajin pula saya nak menulis pasal MLM dan scam sehari dua ni selepas ML Studios siarkan 2 video saya tentang scam dan MLM.

Tulisan ini pasal MLM.

Saya bukan memusuhi MLM.

Saya nak memperkatakan tentang bagaimana MLM dimanipulasi.

Tahukah anda, pen pun boleh dijadikan produk MLM fake?

Jual pen sebiji RM100. Dibacakan ayat suci. Boleh guna masa exam untuk dapat nombor 1.

Target market: Ibu bapa yang ada anak belajar sekolah mahupun IPT.

Jadi ahli kena beli 100 biji dapat diskaun 25% jadi RM7,500.

Kemudian, cari downline buat benda sama, dapat bonus RM2,000.

Cari 5 org sebulan buat benda sama, dapat RM20,000.

Lepas tu boleh claim

“Income 5 figure dalam masa sebulan!”

“Hanya 5 orang bisnes partner sahaja!”

Kemudian, suruh downline tadi buat benda sama
1. Beli 100 biji pendek dengan harga diskaun 25%
2. Cari 10 orang downline baru buat benda sama

Tak cukup duit? Boleh buat personal loan.

Ulang sampai tersontot kemudian buat skim baru.

Nota:
1. SEMUA kompeni dan produk MLM boleh DIMANIPULASI sebagaimana di atas jika ada jenis leader kepala scam. Tinggal lagi kompeni kawal atau tidak situasi tersebut.

2. MLM tak salah. Ia adalah salah satu metodologi pemasaran dan difatwakan harus di Malaysia.

3. Oh ya, saya pun leader kepada sebuah syarikat MLM dgn downline lebih 100 orang yang saya sertai sejak 2015. Tak perasan kan? 😎

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan dari FB Pn Hanis Halim ini memberikan sedikit tips untuk menggunakan…