fbpx

Tips Urus Duit Suami Isteri

Tips Urus Duit Suami Isteri, dari FB Tn Hannan Shawalludin.

Kau bosan? Boleh la baca tips urus duit suami isteri buat santai-santai Ahad ni.
.
.
1. Duit Gaji Suami, suami tentukan. Duit gaji isteri, isteri tentukan.

Masing-masing penat cari duit, mesti tak best kalau orang lain pulak yang tentukan kau patut belanja macam mana kan?
.
.

2. Bawa Berbincang Belanja Rumah

Sebab suami dan isteri dua-dua kerja dan ada gaji, sama-sama berjanji sehidup semati dan saling sayang menyayangi. Jadi, tak perlu la bila sampai bab duit ni nak kena bergaduh besar.

Kalau kau isteri yang jenis tak berkira, pujuk suami untuk kongsi bayar belanja rumah. Orang lelaki ni ego dia tinggi. Kau kena sabar sikit.

Kalau kau suami, belajar rendahkan ego. Syukur ada isteri yang sudi ringankan beban belanja rumah. Bukan senang ada isteri macam tu.
.

3. Elakkan Mengungkit Pasal Duit

Duit ni rezki Allah bagi. Tak perlu kau ungkit kau bagi apa dan banyak mana. Hakikatnya, Allah jua yang menurunkan rezki.

Kalau kau bergaduh juga bab duit ni, ketahuilah lagi susah rezki nak masuk. Kalau masuk pun takkan cukup.

Syukur. Dan syukur. Nanti Allah tambah lagi.
.
.

4. Belanja Rumah Yang Boleh Dikongsi

Belanja rumah ni kebanyakkannya semua benda boleh dikongsi.

Benda yang tak perlu kongsi ialah:

Duit simpanan
Duit bagi mak ayah
Duit untuk beli kemahuan macam duit pergi bercuti, shopping baju cantik-cantik.
Duit untuk Takaful
Duit untuk pelaburan
.
.

5. Beli kereta best dan duduk rumah best

Kau tak perlu beli dua kereta kalau tak perlu. Satu kereta je cukup. Isteri pakai kereta, suami pakai motor. Contoh. Pandai-pandailah uruskan.

Kalau satu je kereta korang perlu, bajet suami isteri untuk kereta tu boleh buat beli kereta yang best terus.

Kalau kau plan tak nak beli rumah lagi, bajet rumah tu pun korang boleh gabungkan untuk sewa rumah yang best-best.

Hidup kena ceria dan bahagia dengan rezki Allah bagi kan? 😁

*Suka post ni? Apa kata tag pasangan masing-masing biar sama-sama boleh amalkan.

Hannan Shawalludin
INFAQ Consultancy
0195775905

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan #duitdananakmuda#pasanganpengantin #graduan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com