Setengah Tahun Kerja Hanya Untuk Kos Kereta?
Sambungan status malam tadi tentang kos membeli dan membela kereta.
Beli dengan 0 downpayment.
Installment sahaja dah cecah 30% daripada gaji.
Masuk sekali kos lain; petrol, parkir, tol, servis, penyelenggaraan, minyak enjin, aksesori, roadtax, takaful, bateri, tayar dll, boleh cecah 50% ke 60% daripada gaji.
Jika kos memiliki kereta, 50% daripada gaji, maknanya;
– Jika kita bekerja dari jam 9 pagi hingga 6 petang, bermakna kita kerja dari jam 9 pagi hingga 1 petang hanya untuk menanggung kereta.
– Jika kita bekerja dari 1 hb hingga 30 hb, bermakna dari 1 hb ke 15 hb hanya untuk kereta.
– Dalam setahun pula, kita kerja dari Januari hingga Jun hanya untuk menanggung kos kereta!
Rujuk status sebelum ini utk membuat kiraan berapa peratus kos anda membela dan menternak kereta
Jika lebih 50%, bermakna kewangan anda berada pada tahap kritikal.
Anda sanggup sakit kepala untuk semua ini?
Beli kereta untuk pergi kerja, dan pergi kerja untuk bayar kereta?
Silakan.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Adakah membeli kereta satu tindakan yang bodoh?
Beli kereta untuk pergi kerja, juga untuk membawa keluarga, balik kampung, dan pergi kemana-mana lebih mudah.
Sama seperti beli baju, kita pakai, kita guna, bukan untuk kaya lagi 30 tahun.
Isu nya ukur baju di badan sendiri beli ikut kemampuan.
Cuma saya rasa baca post ini seolah-olah penghinaan untuk orang yang dah beli kereta
Saya beli kereta VIVA 0 downpayment semasa baru sebulan dapat kerja, kerana untuk ke tempat kerja dan balik kampung. Parent bukan orang kaya boleh bagi kereta buruk untuk digunakan, juga tidak boleh bantu bagi wang deposit untuk kurangkan bulanan. Tapi saya tiada pilhan masa tu. Ramai orang suggest beli kereta second cash, tapi saya langsung tiada cash untuk beli (Saga mungkin boleh dapat RM2000+), tapi langsung tiada cash sebab baru kerja dan nak kumpul duit kahwin lagi. Plus condition kereta?
Beli kereta untuk cari rezeki.
Adakah saya seorang bodoh tuan.
Cuba cari dalam artikel di atas, ada tak ditulis sebegitu?
Saya bukan bercerita tentang artikel di atas sahaja, saya bercerita tentang kebanyakan artikel2 tuan berkaitan kereta,
saya ada baca tentang cara beli kereta, cara sewa kan kereta, cara beli kereta baru. saya dapati idea-idea tuan tak apply untuk semua orang
“balik kampung 2tahun sekali?”
Quote lebih kurang ayat tuan “beli kereta habislah kau!” (ok ni bukan actual, tapi saya tak ingat post yang mana dah)
—————————————————————————-
Cuma untuk artikel kali ni agak buat saya triggered. Nadanya sarkastik seperti membodohkan pembeli kereta.
“Beli kereta untuk pergi kerja, dan pergi kerja untuk bayar kereta?”
“menternak kereta”
“Beli dengan 0 downpayment.”
—————————————————————
Salahkah saya beli kereta untuk pergi kerja?
Tapi mungkin saya emosi masa tu. Tak kesah la tu. Ni blog tuan, hak anda nak tulis apa sahaja 🙂
Saya minta maaf jika ter offended. Biasa lah, saya bukan orang senang, selalu dengar rakan-rakan yang kaya ni buat statement untuk promote ideologi masing-masing dengan merendahkan kehidupan orang lain.
Saya terima dengan hati terbuka.
Sememangnya begitulah hakikatnya, untuk mengubah mentaliti ramai orang tentang kereta bukan mudah.
Membeli kereta tak salah. Tapi ramai membeli kereta yang salah.
itu perkara biasa. yang penting tahu cara mengurus kereta.
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/10/16/borang-be-2017/
Saya juga membeli kereta kecik (1.0). Bayaran bulanan mulanya RM450. Lepas buat refinancing, jadi RM240. Dah 13 tahun pakai, tak habis bayar lagi. Terpaksa jugak beli kereta. Kalau tak, nak bergerak pergi berniaga macam mana? Kita tiada pilihan. Harga Proton di Malaysia lebih mahal berbanding model yang sama di UK! Siapa punya kerja? Fikir-fikirkan menjelang PRU-14 ini.