fbpx

Siapa “Perunding Kewangan” Anda?

  • 12 years ago
  • 3Minutes
  • 464Words
  • 668Views

Hayati cerita di bawah.

Ahmad (seperti biasa, bukan nama sebenar), seorang pegawai syarikat swasta yang baru setahun grad daripada universiti tempatan. Gaji permulaannya RM2,500, dan kira-kira setahun bekerja di syarikat itu.

Pada suatu hari, di pejabatnya, datang seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai “perunding kewangan”, dan berkata;

“Encik Ahmad, saya yakin Encik seorang yang bijak. Jadi, saya ingin menunjukkan kepada Encik satu produk hebat untuk masa hadapan kewangan Encik”.

Lantas timbul rasa ingin tahu dengan kata-kata “perunding kewangan” itu, lantas Ahmad meminta menghuraikan produk yang hebat itu;

“Apakah produk itu?”

Kemudian “perunding kewangan” tadi dengan senang hati, menunjukkan kertas prospektus produk hebat berkenaan sambil menerangkan faedah-faedah yang bakal perolehi;

“Begini Encik, dengan hanya membuat simpanan RM 250 sahaja sebulan, Encik akan mendapat pulangan sehingga 10-15% dan perlindungan diri sebanyak RM100,000. Malah, dalam tempoh20 tahun, Encik boleh keluarkan wang simpanan Encik pada bila-bila masa dan selepas itu Encik boleh keluarkan kesemua wang simpanan Encik beserta dengan keuntungan pelaburan”

Lalu, Ahmad mula teruja dan terdetik di dalam hati:

“Wow! Dengan hanya melanggan satu produk ini, saya akan membuat simpanan, dan pelaburan sekaligus. Malah juga mendapat perlindungan takaful. Memang bagus!”.

Tetapi Ahmad masih ragu-ragu, dan bertanya “Benarkah pelaburannya setinggi itu?”

Dijawab oleh “perunding kewangan” itu,

“Ya, ia lebih baik daripada ASB dan Tabung Haji. Lagipun ASB ada ustaz yang mengatakannya haram. Tambahan pula, kalau simpan di ASB atau Tabung Haji, kalau berlaku sesuatu musibah kepada Encik, hanya wang simpanan Encik Ahmad sahaja yang boleh digunakan. Tetapi, dengan skim kami ini, sediikit pun wang simpanan Encik tidak terjejas, kerana kami mempunyai dana takaful untuk Encik sebanyak RM100,00”.

Penerangan “perunding kewangan” itu sambil menunjukkan satu helaian yang mengandungi jadual perbezaan produk kewangan hebat tersebut dengan simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah.

Dalam jadual tersebut membandingkan kesemua produk kewangan lain dengan produk hebatnya itu, dan ternyata produk tersebut hebat sekali apabila semua ciri yang ada pada simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah, ada pada produk tersebut. Pada petak jadual ciri-ciri produk hebat ini kesemuanya mempunyai tanda “/”, tetapi pada produk lain terdapat tanda “/” dan tanda “X”. Ini menunjukkan, ciri yang ada pada simpanan bank, ASB, Tabung Haji, takaful, dan unit amanah, ada pada produk tersebut!

Ahmad begitu teruja sekali. Tambahan lagi, “perunding kewangan” itu datang kad bisnes dan fail yang tertera sebuah institusi kewangan terkemuka.

Lalu tanpa melengahkan masa Ahmad menurunkan tanda tangan tanda persetujuan untuk mengambil produk berkenaan.

Cerita tamat.

Cerita ini adalah adapatasi daripada sebuah kisah benar! Mungkin saudara pernah mengalami pengalaman seperti ini? Jangan risau untuk mengaku 🙂

Tahukah saudara, sebenarnya di dalam dunia ini tidak pernah wujud produk kewangan yang sebegitu hebat sehingga mampu menjalankan fungsi simpanan, pelaburan dan perlindungan sekaligus!

Ya, tidak pernah ada! Dalam sejarah kewujudan wang dalam tamadun manusia, tidak pernah ada produksi kewangan yang begitu hebat.

Kalau ada, beritahu saya!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

8 Comments

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Senangnya dalam hati, Kalau pakai kad kredit, Seperti dunia, ana…