Sibuk dengan biss orang, tapi bila ajak berniaga macam-macam alasan
Orang kita suka betul kira untung orang lain berniaga.
Tapi apabila diajak berniaga, macam-macam alasan…
Bak kata Saiful ketika Wahid mengatakan senang je buat roti canai, “Pakai ueek (air liur), senang la. Cuba buat tengok!”
Diikuti oleh Yassin “Memang susah Wahid. Saya dah cuba. Nak buat roti canai, tiba-tiba jadi roti tirai”.
Saya kongsikan sedikit pengalaman berniaga makanan tepi jalan dan berniaga pasar malam suatu ketika dahulu.
Berniaga makanan ni, bukan sekadar kos bahan mentah. Memang normal harga jualan adalah sekali atau dua kali harga modal. Itu formula biasa orang berniaga makanan. Malah ada yang 3, 4, 5 kali ganda harga bahan mentah, malah mungkin lebih.
gambar sekadar hiasan – sumber internet
Tapi di sebalik perkara tersebut ada kos masa. Kos masa utk beli barang mentah. Kos masa untuk sediakan peralatan. Kos masa untuk masak. Kos masa untuk jual.
Semua MASA itu ada HARGA. Kita beli burger, bayar dan dapat burger. Tak perlu susah-susah habiskan masa untuk beli roti, daging, marjerin, mayonis, sos, salad dan segala bendalah bahan tu kemudian habiskan masa untuk panaskan periuk dan panaskan roti dan daging, kemudian sajikan sebelum nak makan. Lepas makan kena kemas dan basuh segala peralatan yang digunakan.
Kos masa inilah yang kita pelanggan bayar apabila beli makanan. Kalau tak sanggup bayar semua tu, masak sendiri. Kita beli bahan mentah sendiri. Kemudian sediakan peralatan memasak. Kemudian masak sendiri. Lepas siap masak dan masak, kena basuh dan kemaskan semua peralatan.
Kos masa itulah GAJI bagi seseorang peniaga makanan. Selepas tolak gaji, barulah dapat untung.
Kos-kos tersembunyi lain ialah seperti kos makanan tak laku, kos premis, kos petrol, kos pengangkutan, kos eletrik, kos air, kos peralatan, kos pekerja, kos lesen, kos logistik, kos sabun, dan sebagainya.
Ini berdasarkan pengalaman berniaga makanan di pasar malam dan berniaga tepi jalan masa zaman muda-muda dulu.
Sebab tak sanggup menanggung kos-kos ini, saya buat bisnes dalam perkhidmatan kewangan dan takaful. Hanya kos air liur sahaja
Bisnes dalam bidang servis kewangan, modal awal sangat minimum, iaitu tak sampai RM100. Modal lain yang diperlukan ialah komitmen utk belajar dan follow leader.
Sebenarnya mana-mana bisnes dalam bentuk servis yang tidak ada produk fizikal, modalnya sangat rendah.
Berbalik kepada bisnes dalam perkhidmatan kewangan yang saya jalankan sekarang, ia tidak ada kos pejabat, tidak ada kos bahan mentah, tidak ada kos beli stok dan tidak kos-kos fizikal yang direct.
Yang ada ialah kos tidak langsung seperti kos pengangkutan, kos bil telefon dan yang paling penting ialah kos MASA.
Masa untuk datang belajar, masa untuk buat panggilan telefon, masa untuk buat marketing, masa untuk jumpa prospek, masa untuk servis pelanggan dan sebagainya.
Nampak macam senang, tapi tidaklah begitu senang. Nampak macam susah, tapi tidaklah begitu susah.
Siapa berminat join bisnes dengan modal yg rendah dan potensi untung yang sangat-sangat-sangat besar, , boleh klik link di bawah:
Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran