Soalan Tentang ASB Financing: Terminate atau Tidak?
Terima soalan tentang ASB Financing.
Soalan 1
Soalan yang diterima berbunyi;
“Salam tuan. Maaf tumpang tanya.
Tentang ASBF. Saya ada buat 60k dengan CIMB with takaful.
Bulan ni setahun sebulan usia. Interest dah jadi 5.15% dari 4.9%. Pelan untuk topup jadi 100k..
So nak tanya pendapat, better saya terminate current loan and apply new one atau just topup 40k?
Mohon pendapat”.
Respon awal saya;
“Waalaikunsalam.
Agak sukar utk saya bagi advise.
Kena review balik objektif asal masa sign up dahulu.
Batal dan buat baru sebenarnya akan menguntungkan ejen dahulu sebelum klien.”
Beliau sambung
“Dulu buat loan untuk kumpul deposit untuk rumah.
Tapi sebab first time buat loan and baru start kerja. So, tak berani buat loan besar. Start small.
And dalam pelan untuk biarkan saja dividen. Takmau kacau untuk 5 tahun”
Saya sambung lagi;
“Better stay utk 5 tahun lagi.”
Rujuk gambar yang dilampirkan.
Rakan-rakan ejen ASB Financing boleh kongsikan pandangan penambahbaikan daripada respon saya.
Ada banyak gameplan ASB Financing ni.
Nak kena tag otai Khairul Ezuwan, Harith Faisal
Komen dan Pandangan dari Otai tentang ASBF
UPDATE:
Ini komen dari otai ASBF, Tn KEY di bahagian komen
“Jangan fokuskan pada rate semata.
Cancel & buat balik bukan satu inisiatif yg baik malah lebih merugikan dari segi masa, rugi prorate dividen .
Nak jimat RM10, rugi upfront beribu sebab transaksi jual & beli semula, confirm minima 2 bulan hilang prorate dividen .
Sepatutnya dari awal tanamkan objektif buat tu. Jgn kira every single cent, terlajak kira sampai tersalah kira.
Client saya 7 tahun lepas kat Maybank mintak advice untuk cancel tukar ke CIMB pun saya halang .
Sebab saya tahu tu bukan advice yg baik. Kalau nak business mintak referral dari orang tu lagi baik. Bukan ajar cancel & buat balik. Customer rugi buat mcm tu kecuali rate dia memang tinggi melampau, setakat 0.1-0.3% tak perlulah.”
Saya terpaksa setuju dgn pandangan beliau. Selari dgn pandangan awal saya. Tuan Harith Faisal pun turut setuju.
Fokuskan lebih kepada compounding .
Nota Tambahan:
1. Jika perbezaan kadar yang lama agak tinggi dari 0.5% hingga 1%, boleh pertimbangkan untuk terminate yang lama dan buat baru.
2. Namun pertimbangan perlu dibuat kerana usia makin meningkat dan tempoh kelayakan pembiayaan semakin pendek.
Soalan 2
Kalau ada rakan-rakan ejen ASBF yang ada pandangan berbeza, sudilah kiranya berikan komen untuk ilmu kita bersama 🙂
Bacaan tambahan berkenaan memaksimumkan keuntungan pelaburan asbf
Baca juga artikel ASB lain di bawah
IKLAN : ASB Financing / ASB Loan Paling Rendah di Dunia!
IKLAN: Untuk belajar ilmu menguruskan kewangan, boleh hadir ke program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW. Detail di laman web ini www.infaq.my
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran