Spegethi Link

Ini ialah laluan baru yang diberi nama “Spegethi Link” di bawah Projek Lintasan Damansara-Shah Alam atau Damansara Shah Alam Eleveted Expressway (DASH).

Mengikut FB PROLINTAS Highways, laluan baru di tengah-tengah  Damansara ini akan dikenali sebagai “Spegethi Link” disebabkan laluannya yang berselirat.

Laluan ini bakal menghubungkan pengguna daripada Kuala Lumpur, Sungai Buloh dan Petaling Jaya, dengan ketinggian tertinggi 44.6 meter, atau bersamaan dengan bangunan 10 tingkat.

DASH  sudah 87% siap dengan 13 interchange yang bermula daripada Puncak Perdana Interchange dan berakhir di Penchala Interchange.

Dan sudah tentu ia “dilengkapi” dengan 3 tol. Jadi, jangan harap la tol dimansuhkan.

Satu je cadangan saya, tukar la nama “Spegethi Link” tu kepada nama yang lebih Malaysia. Laluan Mi Goreng Mamak ka, Meggi Junction ka, Lingkaran Laksa ka, Persimpangan Dilema ka…

Atau nak lebih gempak, Laluan Covid 😅

Ada sesiapa pergi kerja lalu ikut jalan ini?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Saya nak bagi satu tips yang paling ampuh untuk mengelakkan…