Strategi bisnes Sambal Nyet vs. Sambal Abang Syukor: Apa yang kita boleh belajar

Apa yang kita boleh belajar daripada strategi bisnes Sambal Nyet Berapi Khairul Aming dan Sambal Abang Syukor?
Hebat betul sambal Abang Syukor, jumlah botol jualannya kini hampir menyamai fenomena Sambal Nyet oleh Khairul Aming.
Jauh meninggalkan pesaing ketiga, Sambal Hitam yang berada 10 langkah di belakang.
Jom kita tengok apa yang mereka lakukan selamat ini.
1. PLATFORM PEMASARAN
1.1 Kekuatan Khairul Aming terletak pada pengaruh besarnya di TikTok di samping Instagramdan Twitter. Beliau bijak memanfaatkan platform ini untuk mencipta jenama yang kukuh melalui live dan video di Tiktok.
Menariknya, Khairul Aming langsung tidak fokus pada Facebook. Jika anda terlihat Facebook Page atas nama beliau, itu hanyalah halaman buatan peminat, bukan rasmi dari beliau sendiri.
Pernah saya terbaca tulisan seorang rakan yang bertemu KA, apabila ditanya kenapa beliau tidak masuk ke pasaran Facebook, katanya,
“Orang muda banyak di TikTok berbanding di Facebook”.
Terus saya rasa tua selepas membaca tulisan itu. Huhu…
1.2 Sebaliknya, Abang Syukor menjadikan Facebook medan utama untuk pemasaran produknya.
Sejak sebelum melancarkan sambal, strategi pemasaran beliau sudah fokus di platform ini, seperti yang dilihat melalui produk Syukor Burger sebelum ini.
Keberhasilan Abang Syukor di Facebook menjadi bukti bahawa platform ini masih relevan untuk membina jenama dan menarik pelanggan setia.
Di Shoppe, team beliau selalu membuat live
Selain platform online, pemasaran beliau juga didapati secara offline seperti di billboard.
2. STRATEGI PRODUK
2.1 Khairul Aming terkenal dengan pendekatan fokus pada satu produk sahaja selama bertahun-tahun.
Sambal Nyet menjadi produk utama beliau, dan hanya selepas beberapa tahun barulah beliau melancarkan produk kedua, Dendeng Nyet Berapi.
Ketika ditanya kenapa tidak menghasilkan sambal jenis lain, Khairul Aming dengan bijak menjelaskan bahawa beliau tidak mahu produk kedua “menjadi pesaing” produk pertama yang sudah kukuh di pasaran.
2.2 Berbeza dengan pendekatan Khairul Aming, Abang Syukor memilih untuk menawarkan pelbagai variasi sambal sejak awal lagi.
Jika tidak silap, terdapat kira-kira sembilan jenis sambal yang dikeluarkan, termasuk Sambal Petai, Sambal Merah, Sambal Hijau, Sambal Tempoyak, Sambal Paru, dan Sambal Tempe.
Strategi ini membolehkan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dan terus setia mencuba setiap variasi yang dikeluarkan.
3. PENGARUH
3.1 Dari sudut pengaruh, memang tudsk dapat dinafikan pengaruh KA sangat besar dan sukar untuk digugat oleh pempengaruh lain.
Auranya umpama aura Siti Nurhaliza dalam nyanyian.
Dengan aura dan pengaruhnya itulah dia berjaya memasarkan Sambal Nyet dengan rekod-rekod jualan yang tidak pernah dicapai oleh orang lain.
Pada hari pelancarannya, jualan Sambal Nyet Berapi sold out 10,000 unit dalam masa kurang sejam.
Atas sebab itu, beliau tidak perlukan ejen atau affiliate untuk memasarkan produknya.
3.2 Manakala Abang Syukor pula memilih untuk bergandingan dengan pempengaruh lain untuk mempromosi produk beliau.
Antara pempengaruh yang paling kerap mempromosi sambalnya ialah Cikgu Fadli Salleh selain beberapa pempengaruh lain seperti Super Dady Khairul Abdullah dan Saiful Nang
Sambal Abang Syukor dijual di Shope melalui affiliate dengan komisen 20%.
Sambal Nyet tak sediakan komisen ejen affiliate di Shoppe, jadi saya promote Sambal Abang Syukor. Hahaha. Klik di sini

4. JATUH BANGUN
Yang menariknya, sebelum Khairul Aming dan Abang Syukor berjaya dengan produk sambal masing-masing, mereka pernah melalui zaman getir membangunkan produk dan jenama lain.
Khairul Aming pernah bangunkan produk Sambal King dan gagal.
Manakala Abang Syukor pernah bangunkan jenama Syukor Burger dan gagal juga.
4. KESIMPULAN
Kisah kejayaan Sambal Nyet dan Sambal Abang Syukor menunjukkan bahawa tiada satu formula khusus untuk berjaya.
Sama ada fokus pada satu produk seperti Khairul Aming atau menawarkan kepelbagaian seperti Abang Syukor, yang penting adalah strategi yang konsisten, pemasaran yang bijak, dan memahami kehendak pelanggan.
Jika nak berjaya macam mereka, perlu kerja keras seperti mereka.
Bukannya baru cuba sekali dua dan kena reject, dah putus asa.

Sambal Abang Syukor. Klik di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran