fbpx

Suasana pagi 1 Syawal selepas Subuh di Mekah

  • 1Minute
  • 192Words
  • 62Views

Suasana pagi 1 Syawal selepas Subuh di Mekah dengan suara takbir raya imam Masjidil Haram.

Kiriman kakak ipar yang sedang menunaikan umrah, dalam grup WhatsApp keluarga kami.

Laungan takbir yang penuh semangat, jauh berbeza dengan Malaysia yang mendayu-dayu.

Dalam lafaz takbir raya ada simbolik kemenangan umat Islam mengenangkan peristiwa peperangan Ahzab.

Perang Ahzab, juga dikenali sebagai Perang Khandak, berlaku dalam bulan Syawal tahun kelima Hijrah mengikut pandangan jumhur ulama.

Ahzab bermaksud kumpulan-kumpulan atau pakatan-pakatan yang menyaksikan kaum kafir daripada pelbagai penjuru memerangi umat Islam di negara Islam Madinah.

Khandak pula bermaksud parit, merujuk kepada parit yang digali oleh umat Islam di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan orang Madinah, atas cadangan Salman Al-Farisi.

Pakatan kafir tersebut terdiri daripada golongan Yahudi, musyrikin Quraisy, puak munafik dan Ahli Kitab yang selama ini berbeza pendirian dalam banyak hal tetapi bersatu padu untuk memerangi Islam.

Mereka dipanggil tentera Ahzab dengan ketumbukan 10,000 bala tentera berhadapan dengan hanya 3,000 tentera Islam, yang menyaksikan perlawanan sengit.

Hari ini turut menyaksikan Ahzab Moden melakukan perkara yang sama, apabila mereka yang berbeza ideologi bersatu padu memerangi umat Islam seluruh dunia.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya hairan sebenarnya, sehari dua ni ada segelintir netizen yang…