Tabung Haji : Duit akaun anak hilang?
Saya terkejut membaca tulisan daripada FB Puan Amirah Che Jaafa yang berkongsi pengalaman mengenai akaun Tabung Haji anak-anak beliau yang hampir disangka hilang duit simpanan.

Segalanya bermula apabila Puan Amirah ke Tabung Haji pada hari Khamis minggu lepas untuk memasukkan duit raya ke dalam akaun anak-anak.
Sambil berurusan di kaunter, beliau sempat menyemak baki melalui aplikasi THiJARI.

Namun apa yang mengejutkan, baki dalam akaun anaknya hanya tinggal sekitar RM1000 sedangkan beliau yakin telah menyimpan sebanyak RM2000 semasa membuka akaun.
Kerana rasa pelik, Puan Amirah terus bertanya kepada staf Tabung Haji kenapa baki tidak sepadan dengan yang sepatutnya.
Staf menyebut mungkin ada pengeluaran yang dilakukan, namun beliau menolak kemungkinan tersebut kerana beliau tidak pernah menggunakan duit anak-anak.
Lagipun katanya, pengeluaran dari akaun Tabung Haji hanya boleh dibuat di kaunter dan beliau sendiri tidak pernah melakukannya.
Staf kaunter kemudian membantu mencetak penyata akaun anak-anak.
Apa yang mengejutkan, dalam penyata tersebut tercatat dua pengeluaran RM3000 atas nama Zhafira dan RM1400 atas nama Zulaikha, kedua-duanya pada Mac 2024.
Puan Amirah kaku.
Beliau betul-betul terkejut, terasa seolah-olah darah naik ke kepala dan panik mengenangkan jumlah yang besar perlu diganti.
Namun staf tersebut meminta izin untuk menyemak semula akaun penjaga iaitu akaun Puan Amirah sendiri.
Beberapa minit kemudian, berita melegakan diterima.
Sebenarnya duit anak-anak beliau masih selamat, cuma tersangkut dalam akaun penjaga dan belum dipindahkan kembali ke akaun masing-masing.
Rupa-rupanya sejak tahun 2024, Tabung Haji telah memperkenalkan sistem keselamatan tambahan susulan banyak kes scammer cuba menyalah guna akaun anak-anak.
Sistem itu menyebabkan sebarang pengeluaran atas nama anak akan terlebih dahulu dipindahkan ke akaun penjaga dan tertahan di situ.
Dengan rasa lega, Puan Amirah terus meminta staf membuat pindahan balik ke akaun anak-anaknya.
Beliau juga sempat mengingatkan ibu bapa lain agar lebih peka dan kerap menyemak penyata simpanan anak walaupun akaun itu atas nama sendiri.
Katanya ibu hanyalah pemegang amanah.
Sampai masa nanti biarlah anak-anak belajar berdikari dan menguruskan kewangan mereka sendiri.
Perkongsian ini benar-benar membuka mata.
Bukan semua duit yang lesap itu betul-betul hilang, tapi jika kita tidak peka, mungkin kita sendiri yang akan terlalai.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran