fbpx

Tak Sesuai Bawa Anak Tonton Filem Ejen Ali

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 424Words
  • 428Views

Review Filem Ejen Ali. No Spoiler :

TAK SESUAI BAWA ANAK TONTON FILEM INI!

Walaupun ia filem kartun, yang dikatakan sesuai untuk kanak-kanak, tapi berhati-hati.

Ada risiko tersendiri jika bawa anak menonton filem ini di pawagam.

Jika tidak kena gaya, membazir wang anda.

Dari semalam anak-anak dah merengek nak tengok Ejen Ali.

Danial siap bercerita pasal filem tersebut yang diperolehi dari kawannya yang sudah menonton lebih awal.

Saya pesan siap-siap kepada Danial;

“Danial, jangan cerita pasal Ejen Ali pada Ayah. Nanti tak suspen masa tengok nanti”

Tapi sebaik sahaja masuk panggung, baru sahaja nak suspen tentang seorang watak wanita, Danial terus berbisik “Itu emak……. “.

Aduh, spoil betul!

Walaupun dia berbisik kepada Zulaikha, tapi sampai ke telinga ayah yang duduk selang satu kerusi.

Walhal, dah pesan dari rumah tadi.

Danial dah tahu jalan cerita daripada kawannya siangnya. Tak sabar-sabar dia nak tengok. Dah cerita pada adik-beradik lain kat rumah.

Sampaikan ajak tangguh tengok esok atau lusa pun tak nak.

Bukan sekadar itu, tengah asyik menonton, Sarah pula menyampuk;

“Ni Sarah tahu. Lepas ni mesti Ejen Ali nak guna override mode!”

“Ok Sarah, kita tengok diam-diam ya”, bisik si Ayah.

Aduh, tolong la Sarah.

Ayah nak tengok Ejen Ali. Bukan nak dengar Sarah cerita. Tengok kat panggung bukan macam tengok TV di rumah.

Kalau di rumah, boleh rewind kalau terlepas cerita.

Tak lama kemudian, Danial sekali lagi bagi spoiler,

“Lepas ni diorang jumpa kat kedai XXXXXXX. Kat situ ada……”

Aduhhhhh….. Stres betul!

Zulaikha pula seronok dengar Danial bercerita sambil tengok cerita.

Kena pesan dua, tiga kali kat anak-anak supaya jangan bising dalam panggung. Cakap pelan-pelan je, jangan bagi Ayah dengar.

“Ayah, lepas ni mesti Alicia selamatkan Ejen Ali”.

Dah pesan dekat Danial dan Zulaikha, Sarah pula bersuara tiba-tiba.

Arghhhhhhh!

Nak dijadikan cerita, Ummi mereka pula nak ke tandas. Si Ayah terpaksa berpindah kerusi untuk jaga si Usop. Dah hilang tumpuan beberapa babak penting.

Nasib baik tak ada anak-anak yang nak ke tandas. Kalau tidak, tak pasal-pasal hilang lagi banyak babak penting sebab kena teman.

Bab tu memang dah pesan awal-awal. Sebelum masuk panggung, pergi tandas dulu walaupun Sarah kata;

“Sarah tak rasa nak buang air”

Sebab pernah terjadi dulu masa Tengok Avangers Endgame, boleh pula dua dia ke tandas. Potong stim betul.

Nampaknya di hujung cerita, Ejen Afyan kena override mode dengan Ejen Danial dan Ejen Sarah.

Nak kena repeat nampaknya.

Kena bawa Ejen INFAQ untuk tengok Ejen Ali. Supaya dapat ambil semangat berpasukan dsn setiakawan.

Kita jaga kita!

Sekian review tanpa spoiler ini.

UPDATE Review penuh di di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kali pertama saya dengar tentang Ejen Ali ialah pada tahun…