fbpx

Apa yang usahawan boleh belajar daripada filem Mat Kilau?

  • 1 year ago
  • 8Minutes
  • 1444Words
  • 252Views

APA YANG USAHAWAN BOLEH BELAJAR DARIPADA FILEM MAT KILAU.

Sebenarnya saya dah lama nak tulis perkara ini, tapi cadangnya nak tunggu ia cecah kutipan pecah panggung 100 juta, tapi belum kesampaian nampaknya.

Jadi selepas ia ditayangkan di Netflix, maka saya gagahkan until menulis perkara ini.

Apa yang usahawan boleh belajar daripada kejayaan filem Mat Kilau?

AWAS PANJANG, TAPI BERBALOI. Share dulu untuk baca kemudian.

1. Filem Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul Yusof, disiarkan ke pawagam ketika pengarah muda tersebut dilanda kontroversi rumah tangga beliau. Namun sepanjang kontroversi tersebut, beliau langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan langsung perihal rumah tangga beliau.

Apa yang usahawan boleh belajar ialah mengasingkan isu peribadi dan rumah tangga dengan urusan bisnes sebaiknya. Jangan campur adukkan kedua-duanya menyebabkan imej usahawan dan bisnes terjejas

2. Umum mengetahui bahawa Syamsul Yusof adalah anak kepada sutradara berpengaruh, Yusof Haslam dan pernah menghasilkan filem-filem box office seperti Sembilu dan Sembilu 2, lewat zamannya hingga digelar “Six Million Dollar Man”.

Selain Syamsul Yusof dan adiknya Syafiq Yusof juga menghasilkan filem-filem box ofis, contohnya Abang Long Fadhil yang sedang disiarkan sekarang. Ini sudah tentu pengaruh ayahanda mereka yang mendedahkan dunia perfileman dan kesutradaraan sejak muda.

Ternyata filem-filem Syamsul dan Syafiq lebih versatile dan menyerlah menandingi air tangan Yusoff yang kebanyakannya adalah bertemakan percintaan dan drama kepolisan.

Drama Gerak Khas Undercover hasil tangan Syafiq jauh penuh dengan aksi jika dibandingkan drama Gerak Khas yang banyak aksi polis berjalan sambil bersembang 😅

Apa yang usahawan boleh belajar? Asuh anak-anak sejak kecil dunia keusahawanan yang kita ceburi supaya mereka dapat mewarisi legasi yang kita sudah bangunkan. Yang lebih penting, anak-anak kita kelak mampu menghasilkan legasi yang lebih baik daripada kita.

Menerima kritikan yang hebat

3. Filem Mat Kilau banyak menghadapi kritikan daripada 2 sudut.

Pertama daripada sudut skrip yang lemah kerana terlalu banyak dialog seumpama ceramah agama. Ia dikritik kerana sepatutnya filem yang bagus ialah “show, don’t tell” yang tidak terlalu banyak dialog berbanding aksi.

Kedua, daripada sudut koreografi yang tunggang langgang dan babak aksi yang “kureng” kerana kamera transisi terlalu laju. Ia dikatakan untuk menutup kelemahan aksi pelakon-pelakon yang membawakan babak aksi.

Malah sebenarnya filem ini dikritik sejak dalam pembikinan lagi. Saya masih ingat ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan yang dikatakan adalah keturunan Mat Kilau bahawa filem ini merosakkan sejarah kerana ia set perfileman ini tidak dibuat di Pahang, Negeri kelahiran Mat Kilau. Saya kata dalam hati, and “Masak lah kalau macam tu. Avangers: Endgame kena shoot di angkasa lepas, tapi nasib baik tak ada keturunan Thanos dan Captain America di Malaysia 🤣

Sepanjang filem dibuat sehingga ia disiarkan di layar perak, Syamsul langsung tidak try hard untuk membela diri atau memberi justifikasi kelemahan-kelemahan dan kritikan yang diberi. Juga tidak ada sidang media untuk memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Kalau ada, mohon betulkan. Seingat saya begitulah. Syamsul banyak fokus usaha untuk memasarkan filem berkenaan tanpa menghiraukan kritikan. Malah keturunan Mat Kilau juga memberi sokongan terhadap filem itu di pawagam apabila ia ditayangkan.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Fokus kepada matlamat membangunkan bisnes, tanpa menghiraukan kritikan. Tutup mulut pengkritik dengan kejayaan kita. Jika kita sibuk melayan kritikan, bila kita nak buat bisnes? Jika kita sibuk mencabut kemuncup yang melekat di seluar, bila kita nak menjaringkan gol?

4. Filem Mat Kilau ini langsung tidak ada pelakon wanita seksi, tidak ada babak ghairah malah tiada langsung babak romantik dan bersentuhan lelaki perempuan. Mata wanita juga dipaparkan menutup aurat

Tidak keterlaluan jika saya katakan ia sarat dengan mesej dakwah yang membawa penonton mengingati Allah. Maka ia sudah tentu memberi pahala berterusan kepada Syamsul Yusof dan seluruh krew produksi selama mana mesej itu sampai kepada penonton.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Tanpa manipulasi wanita dan aurat mereka, produk kita masih lagi boleh dijual. Tanpa manipulasi wanita dan aurat mereka, produk kita masih boleh boleh mendapat sambutan. Jangan jadi seperti sesetengah usahawan yang mendedahkan sana sini dan manipulasi wanita untuk tujuan promosi.

5. Selama ini filem sejarah tidak mendapat sambutan box office sebegini rupa. Banyak juga yang dihasilkan tidak mampu cover kos. Contohnya Puteri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa.

Tetapi Syamsul berani mengambil tanggung jawab mengarahkan filem ini hingga akhir sekali terhasilnya naskhah Mat Kilau versi Syamsul Yusoff.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Kita perlu berani mencuba sesuatu yang baru. Malah kita juga boleh belajar daripada kegagalan usahawan lain untuk membangunkan bisnes kita.

6. Dalam satu kenyataan yang Syamsul Yusof keluarkan, semua pelakon yang dipilih adalah daripada pelakon kelas A.

Bukan sahaja watak hero dan tunjang utama Adi Putera, Fattah Amin, Beto, Yayan, malah watak sampingan yang hanya muncul sebab sahaja pun adalah daripada pelakon kelas A seperti Ellie Suriaty dan Mubarak Majid. Mereka berdua hanya muncul sekali sahaja pada awal filem tapi saya yakin bukan murah bayatan diterima

Apa yang usahawan boleh belajar?

Sebagai usahawan kira perlu fokus kepada kualiti. Jangan main cincai sahaja buat kerja. Produk yang berkualiti, pelanggan akan datang berulang kali biarpun mahal.

7. Difahamkan penerbit Kembara Studio akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang melakukan cetak rompak. Ini bukan kali pertama Syamsul Yusof mengambil tindakan sebegini

Pada tahun 2018, Skop Production pernah mengambil tindakan mahkamah terhadap seorang lelaki yang menyebarkan rakaman filem Munafik 2 yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Jaga pemilikan bisnes kita. Jangan ambil mudah sekiranya ia melibatkan hak cipta dan perundangan. Kita perlu menjaga hak-hak kita sebagai usahawan supaya tidak diambil mudah oleh lain.

8. Difahamkan Syamsul Yusof mengambil alih pengarahan filem Mat Kilau daripada pengarah lain.

Tersebar video klip behind the scene yang dikatakan versi asal sebelum diambil alih oleh Syamsul. Ia memaparkan aksi silat terbang-terbang. Antara komen netizen ketika tersebar video itu, mereka jamin kalau itukah versi yang ditayangkan di layar perak, nescaya tak ada yang nak menonton.

Dikatakan ia sudah menelan belanja RM2.5 juta sebelum diambil alih dan reshoot oleh Syamsul. Kembara Studio mengambil keputusan “mahal” yang berbaloi-baloi.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Berani mengambil risiko. Jika terambil langkah yang salah, kerana berani cut loss. Kena juga berani berubah. Kena juga berani menukar staf yang tidak perform walaupun yang sudah lama dengan kita.

9. Filem ini juga banyak menerima kritikan daripada sudut penceritaan yang terlalu mengangkat nilai Islam dan Melayu.

Tidak pelik kalau ia datang daripada golongan bukan Melayu dan bukan Islam, tapi malangnya ia turut datang daripada golongan Melayu Islam.

Kritikan itu datang sejak ia disiarkan di pawagam sehinggalah ia ditayangkan di Netflix.

Banyak juga kritikan yang bersifat rasis datang daripada mereka yang selama ini mengkritik apa sahaja yang dikaitkan dengan Melayu Islam, disambung pula kritikan oleh golongan-golongan libertard dan macai politik.

Namun, satu fakta yang tidak dapat dinafikan, ia kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara, malah mengatasi rekod filem Avangers: Endgame

Biarpun seribu satu kritikan yang dilemparkan, biarpun dikatakan filem sampah, biarpun dianggap penonton datang daripada rombongan sekolah dan orang kampung, biarpun dikatakan agenda politik Melayu – Islam, fakta bahawa kutipan pecah panggung filem ini hampir mencecah 100 juta, tidak ada mana-mana pengkritik yang dapat dinafikan.

Mungkin pengkritik itu benar, namun mustahil juga ke semua rakyat Malaysia yang menonton filem ini sehingga mencecah angka kutipan 96 juga membuat keputusan yang silap.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Tidak semua kritikan perlu kita ambil peduli, lebih-lebih lagi kritikan yang menjatuhkan yang datang daripada heters. Sebab itu memang tugas haters. Haters ibarat najis, kehadiran mereka sebenarnya menyuburkan!

10. Walaupun dikritik filem ini terlampau menekankan unsur kemelayuan dan sentimen agama Islam, ia tetap mendapat sambutan pecah panggung.

Sebenarnya di sebalik kritikan tersebut ia berjaya menarik ramai sekali golongan dan kumpulan Melayu Islam untuk datang ke pawagam memberi sokongan. Sya pernah terbaca seorang cucu membawa datuknya yang pernah hidup di zaman Mat Kilau dan tidak pernah menjejakkan kaki di pawagam untuk datang memberi sokongan. Juga seorang tokoh penulisan yang sudah meninggalkan pawagam sejak zaman remaja, menjejak kaki ke pawagam yang ditinggalkan lebih 10 tahun, hanya untuk menyaksikan sendiri filem ini dan memberi komentar dan review yang adil.

Apa yang usahawan boleh belajar?

Ini bukti bahawa market Melayu Islam sangat luas untuk para usahawan. Lihat sahaja di Tiktok, ramai usahawan bangsa Cina berusaha membuat video-video bahasa Melayu walaupun pelat dan pelik sebutan serta ejaan sarikatanya.

Walaupun segelintir orang Melayu Islam yang mengkritik dan menghina filem ini sebagai menunggang agama dan bangsa, namun jika dilihat daripada aspek bisnes elemen ini, ia merupakan aspek yang boleh melariskan sesuatu produk. Ia boleh diambil daripada sudut positif jika kena dengan gayanya.

Pedulikan golongan yang memang tak suka kepada Melayu dan Islam, mereka bukan market kita. Fokus kepada market baru yang belum disentuh oleh orang ramai.

Betul kata British: Orang Melayu sukar untuk bersatu.

Apa lagi yang usahawan boleh belajar daripada filem ini?

Boleh kongsikan di ruangan komen.

Afyan Mat Rawi,

Nama ada iras-iras keturunan Mat Kilau 😅

[IKLAN: Saya usahawan dalam bidang kewangan dan takaful, sedang mencari rakan niaga utk bersama saya di INFAQ Consultancy. – Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramainya rakyat Malaysia kena scam... Ramainya yang kena tipu... Modus…