Ejen Ali

Kali pertama saya dengar tentang Ejen Ali ialah pada tahun 2015 lagi, sebelum ia disiarkan di kaca TV.

Saya mengetahui tentang projek animasi ini melalui Tuan Faiz Hanafiah, yang merupakan antara founder Wau Animation yang menerbitkan rancangan ini.

Ketika itu saya datang ke rumahnya untuk temujanji konsultansi kewangan.

Ketika dengar tajuk cerita “Ejen Ali”, saya langsung tak letak sebarang expectation. Tajuk macam Tongkat Ali pula. Hehe..

Waktu itu, sudah ada Upin Ipin dan Boboiboy yang mewarnai dunia animasi Malaysia.

Beberapa bulan selepas itu, siri TV Ejen Ali ke udara di TV3.

Kali pertama menonton bersama anak-anak, saya kata “Wowwww!”.

Sementelah, saya memang minat dengan cerita-cerita berbentuk thriller dan penyiasatan sebegini.

Kalau saya tak jadi ejen takaful, mungkin saya jadi secret ejen 🤣

Jalan ceritanya sangat menarik. Kisah seorang budak sekolah yang terjebak secara tak sengaja dalam satu organisasi rahsia milik kerajaan.

Latar cerita di sebuah bandar moden yang bernama Cyberaya dan organisasi tersebut dikenali M.A.T.A

Dari episod pertama MISI: IRIS saya mengikuti dengan penuh minat episod demi episod.

Dalam musim pertama lebih kepada pembinaan watak Ejen Ali dan latar belakang MATA. Bermula dengan insiden bagaimana Ali memperolehi Iris, kemudian diserap masuk ke dalam MATA dalam keadaan tidak bersedia sebagai ejen.

Iris merupakan sebuah gajet seumpama spek mata yang dipakai oleh Ali dan mampu meningkatkan keupayaannya sebagai ejen dalam menjalankan misi.

Ia mengubah 100% hidup Ali daripada seorang budak sekolah kepada seorang ejen rahsia, di bawah bimbingan Ejen Bakar yang juga merupakan bapa saudara kepada Ali. Ejen Bakar juga merupakan adik kepada arwah ibu Ali.

Identiti arwah ibu Ali dibongkar dalam Ejen Ali The Movie. Oppssss….

Banyak kejadian-kejadian menarik sepanjang misi yang mereka jalankan bersama seorang lagi ejen yang juga rakan sekelas Ali, iaitu Ejen Alicia.

Base mereka terletak di bawah sekolah dan kumpulan mereka turut disertai beberapa ejen dewasa lain dan diketuai oleh General Rama.

Villian utama dalam Ejen Ali ialah Uno yang sebenarnya salah seorang daripada bekas pengasas MATA yang disangka terbunuh dalam satu insiden.

Dari episod pertama, konco-konco Uno berusaha medapatkan Iris dari Ejen ALI, tetapi gagal.

Sejak dari awal musim, Ejen Ali memaparkan plot twist yang sangat memberi impak.

Plot twist identiti villian Uno yang sebenarnya berasal dari pengasas MATA, dan juga plot twist Ejen Jenny yang sebenarnya ialah konco Uno yang menyusup masuk ke dalam MATA sebagai double agent.

Penghujung musim pertama, Ejen Ali bertembung dengan Uno yang menyaksikan keupayaan Iris menguasai peralatan-peralatan lain di base MATA yang menjadi tempat pergelutan mereka. Keupayaan tersebut dikenali sebagai “ovveride mode” yang menjadi puncak kuasa Iris setakat ini.

Musim kedua, Ali dibawa ke Akademi MATA yang terletak di sebuah pulau rahsia dan berkenalan dengan ejen-ejen sebaya beliau dan dibimbing oleh beberapa ejen dewasa.

Di sana, beliau menerima saingan daripada Rudy yang sentiasa dilihat memperlekeh Ali di kalangan peserta Akademi MATA.

Jika dalam musim pertama, berlaku pembelotan oleh ejen Jenny yang sebenarnya konco Uno, dalam musim kedua juga berlaku perkara hampir sama apabila Ejen Rizwan belot kepada MATA apabila menyertai perjuangan Uno.

Mengekalkan stail plot twist seumpama musim pertama, Ejen Rizwan yang belot kepada MATA sebenarnya menyelinap ke dalam markaz Uno untuk menghaluskan tempat tersebut.

Namun tindakannya yang nampak melemahkan Uno sebenarnya dimanipulasi oleh Uno untuk menjadikan Ridhwan “kunci masuk” ke Akademi MATA tanpa disedari.

Ia diakhiri dengan kematian ketua teras dan salah seorang pengasas MATA, Ejen Zain dan kehilangan Ejen Rizwan.

Tamat throwback siri TV Ejen Ali musim 1 dan musim 2.0

Bagi yang mengikutinya, pastikan ikuti sambungannya dalam Ejen Ali The Movie.

Bagi yang belum menonton siri TV, digalakkan mengambil sedikit masa untuk menontonnya di YouTube supaya dapat mengikut filemnya dengan lebih lazat dan berkhasiat

Tapi kalau malas nak tengok, tetap akan faham filem Ejen Ali secara stand alone tanpa bergantung kepada siri TV.

Baca sinopsis yang saya ceritakan ini pun dah memadai. Hehe…

Menonton siri TV Ejen Ali tanpa menonton Ejen Ali The Movie adalah umpama buang air kecil tapi tak lawas.

Manakala menonton Ejen Ali The Movie tanpa menonton siri TV pula adalah umpama buang air besar tapi tak basuh. Maaf, Analogi agak keterlaluan. Kasi bakar sikit!

Ok, kita kembali kepada filem.

Tanggapan awal saya, Ejen Ali The Movie akan menjawab bagaimana hubungan antara Ali dan Rudy yang berkonflik sepanjang musim 2 tapi akhirnya bekerjasama dalam episod terakhir.

Atau mesti ada throwback kematian Ejen Zain (atau sebenarnya tak mati?), serta misteri kehilangan Ejen Rizwan selepas letupan besar di Akademi MATA.

Juga saya menunggu-nunggu serta kesudahan nasib Uno dan konco-konconya yang tewas dalam pertembungan sengit dalam 2 episod terakhir Ejen Ali musim kedua.

Tapi rupa-rupanya jangkaan saya meleset. Tambah misteri lagi ada.

Watak Ejen Zain dan Uno langsung tidak diperlihatkan.

Rudy, rakan-rakan Ali dan tenaga pengajar Akademi MATA hanya muncul di saat akhir. Manakala watak Ejen Rizwan hanya selingan di saat-saat akhir yang semakin menambah misteri.

Ejen Ali mengekalkan jalan cerita yang mendebarkan dengan plot-plot twist dari awal hingga ke akhir.

Kali ini Cyberaya dilihat dengan lebih luas dengan penampilan Dato’ Othman, Dato’ Bandar Cyberaya yang menubuhkan MATA serentak dengan penubuhan Cyberaya dengan objektif menjaga bandar itu.

Kekuatan Ejen Ali dari siri TV hingga ke movie ialah pada jalan cerita dan penerokaan watak.

Perkembangan watak-watak lain selain Ali, diceritakan sedikit demi sedikit dalam setiap episod hingga ke filem.

Dalam filem terjawab sejarah bagaimana Ejen Bakar menyertai MATA, siapa pencipta asal Iris, apa berlaku sebenarnya kepada Ali ketika override, latar belakang keluarga dan sisi comel Alicia, serta bagaimana Cyberaya ditadbir.

Juga babak yang paling tak dilupakan, walaupun hanya selingan, babak hero Tamil! Deyyyyy!!!

Kemuncaknya ialah penerokaan kuasa sebenar override mode pada Iris serta nasib Iris dan Ali di hujung filem.

Override mode kepada override mode! Hingga ketua-ketua teras yang tinggal dua itu pun telah dikuasai oleh villian tanpa disangka-sangka. Memang happening habis!

Elemen pembelotan yang wujud dalam musim pertama dan kedua, wujud juga dalam filem.

Kali ini, Ali sendiri yang belot tanpa disedari.

Ia telah diberi hint dalam trailer movie ini menerusi monolog dialog Ali;

“Sejak ada Iris Neo, saya rasa makin diketepikan. Lagipun, bila semua ejen dah pakai Iris, MATA perlukan saya lagi ke?”

Juga kata-kata bengis Ali kepada Alicia di dalam trailer,

“Aku dah tak nak jadi ejen!”

Jalan cerita kali ini memang mindblowing habis. Penonton akan sentiasa tertunggu-tunggu apa berlaku seterusnya. Transisi Ali yang mengasingkan diri daripada MATA juga sangat mengharukan. Penuh dengan plot twist yang tak disangka-sangka.

Juga elemen jenaka yang tidak kering gusi yang menjadi selingan sepanjang filem serta lagu-lagu yang melatarinya.

Dalam masa sama, elemen emosi yang kuat sehingga meruntun jiwa penonton apabila membawa sudut pandang hubungan anak dan ibu yang sudah tiada.

Watak dan karektor dalam Ejen Ali sangat banyak, tidak seperti dalam Upin Ipin dan Boboiboy.

Setiap watak, perkembangan plot dan konflik mereka boleh dijadikan cerita dalam setiap episod. Ia menjadikan saya tidak sabar-sabar untuk menunggu Ejen Ali musim ke-3 untuk menjawab persoalan misteri yang masih belum terjawab melalui filem.

Apa terjadi kepada 2 watak ejen baru yang berkonflik dengan Ali dalam movie?

Juga watak Ejen Rizwan yang muncul sekejap sahaja dalam movie, kembali bersama MATA atau u-turn?

Tidak lupa juga pertembungan epik MATA dan Uno, apa kesudahannya?

Adakah Rudy berubah sikap terhadap Ali selepas diselamatkan di hujung musim kedua?

Arghhhhhhh! Tak sabarnya tunggu!

Memang jalan cerita Ejen Ali bukan untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa!

Saya ada tulis malam tadi, ia tak sesuai untuk kanak-kanak. Baca di sini

Rating saya 9.9/10

Afyan Mat Rawi
Ejen takaful yang bercita-cita menjadi Ejen MATA 😅

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com