fbpx

Takaful: Biar susah masa apply, daripada susah masa claim

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 288Words
  • 397Views

“Saya melanggan takaful dengan harapan tak perlu nak claim”.

Kenapa saya letakkan harapan ini?

Supaya saya tak rasa rugi dan menyesal langgan takaful jika tiada apa yang boleh saya claim.

Besar harapan saya agar saya sihat sejahtera, maka tak perlu claim.

Jika saya bayar 200 sebulan, maka setahun 2400. Kemudian, 10 tahun saya bayar 24,000 – satu jumlah yang besar. Itu baru seorang. Jika satu keluarga, kosnya akan lebih tinggi.

Alhamdulillah, sudah lebih 10 tahun saya dan keluarga melanggan polisi takaful, belum pernah lagi kami membuat tuntutan ke atas polisi-polisi kami. Saya rasa bersyukur kerana tak perlu buat claim.

Apabila saya letakkan harapan di atas, saya tak rasa ralat jika dalam masa 10 tahun tak pernah claim apa-apa daripada polisi-polisi kami. Saya tahu bahawa dalam masa 10 tahun itu, kos yang saya bayar adalah merangkumi kos operasi syarikat takaful termasuk komisen ejen, kos marketing, kos gaji staf, kos sewa bangunan dan yang paling penting kos tuntutan para peserta selama tempoh berkenaan.

Kos tuntutan itu adalah daripada tabungan derma / tabarruk yang tersusun yang diaturkan oleh pengendali takaful untuk memberi sumbangan kepada para peserta yang ditimpa musibah, berdasarkan syarat dan terma yang dipersetujui di dalam kontrak takaful.

Itulah harapan kedua saya.

Harapan kedua saya: Jika berlaku musibah, saya dapat claim. Untuk memastikan ia berlaku, masa sign up saya pastikan declare semua penyakit yang sedia ada.

Jika kena medical check up, ia adalah sebagai proses untuk memudahkan waktu claim kelak. Ia seiring dgn prinsip saya satu lagi:

Biar susah masa apply, daripada susah masa claim.

Dalam kontrak takaful, sudah dipersetujui daripada awal yang termaktub dalam polisi, sekiranya berlaku ke tidak-dedahan fakta (undisclosure), maka kontrak akan jadi tidak sah. Mana-mana peserta yang tidak mengikut terma dan syarat, besar kebarangkalian tidak dapat claim.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Memandangkan masih ramai yang nak tegakkan benang basah, saya terpaksa…