Takaful ialah Perlindungan

  • Reading:1Minute:
  • PostView Count:51Views

Dipetik dari FB Puan Shahirla

Puan Mahira Bahar ada memberikan komen,

“Masih ramai ejen takaful yang menerangkan perlindungan, simpanan, dan pelaburan sekali. Sukar mahu terangkan kepada kawan-kawan dan keluarga sebab diorang sudah di terangkan begitu oleh ejen takaful..”

Ya, komen daripada Puan Mahira itu ada betulnya. Situasi begini memang berlaku. Masih ada yang mempromosi,

“Takaful untuk simpanan”
“Takaful untuk investment”
“Takaful untuk persaraan”

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengingatkan bahawa takaful bukan simpanan atau pelaburan.

Takaful ialah perlindungan.

Sebenarnya, sumbangan tidak la begitu mahal. Sebagai contoh, wanita yang berusia 30 tahun.

Sumbangan hanya RM41.65 dengan jumlah pampasan kematian/hilang upaya kekal sebanyak RM200k.

Mengapa sumbangan kita menjadi mahal? Kita mesti semak, baca dan faham polisi kita supaya kita tahu.

Sumbangan berdasarkan kiraan 5% daripada jumlah gaji atau pendapatan tahunan kita.

Ayuh, bersama-sama kita kongsikan. Beritahu keluarga dan kenalan rapat kita. Supaya mereka boleh mendapat maklumat yang betul.

Takaful bukan simpanan.
Takaful bukan pelaburan.
Takaful bukan persaraan.
Takaful ialah perlindungan.

#ibucelikwang
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha https://www.facebook.com/ahmad.mustapha.12/posts/5261881610494112 Saya selalu dengar yang…