Takaful “Loving Couple Policy / Polisi Kasih Sayang”
Pernah dengar “Loving Couple Policy” takaful?
Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful. “Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami sebagai pemegang polisi isteri dan isteri sebagai pemegang polisi suami.
Dengan kata lain;
Polisi A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai orang yang dilindungi, dan
Polisi B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai orang yang dilindungi.
Berbanding situasi langganan polisi biasa;
Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan.
Kelebihan polisi jenis ini ialah:
1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama boleh letakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.
2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.
3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)
4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.
5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.
6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang masih hidup. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.
Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran