fbpx

Kenapa Kesedaran Takaful Masih Lemah?

“Sikap ejen insurans dan takaful yang mengutamakan penjualan produk perlindungan beserta pelaburan, menyebabkan premium bulanan lebih mahal dan menjadi punca nilai pampasan diperoleh pelanggan adalah kecil”
Malaysian Takaful Association (Utusan Online, 1 Julai 2014)

“Hampir 90 peratus daripada rakyat Malaysia yang dilindungi insurans hayat, mempunyai perlindungan di bawah kadar sebenar”
Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) (26 Julai 2017) gambar di bawah

“Produk insurans dan takaful masih tidak menarik bagi sebahagian besar rakyat Malaysia berikutan kebanyakannya terlalu kompleks dan tidak mampu dimiliki”
– Gabenor Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official) (Astro AWANI, 31 Oktober 2017) gambar dibawah

“Walaupun sumbangan premium insurans hayat dan takaful keluarga meningkat 48 peratus sejak 2010 namun kadar penembusan hanya bertambah lima mata peratusan sekali gus menunjukkan industri itu semakin menumpukan segmen insurans yang sempit. Jika kita mengenepikan pengiraan dua kali, hanya 35 peratus orang dewasa mempunyai sejumlah bentuk perlindungan”
– Gabenor Bank Negara Malaysia (ASTRO AWANI, 31 Oktober 2017)

“Purata jurang perlindungan bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja ialah RM200,000 yang diperlukan untuk mengekalkan taraf hidup semasa bagi tanggungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya pencari nafkah.”
– Infografik dari Malaysian Takaful Association  gambar di bawah

“Kadar penembusan / jumlah rakyat Malaysia yang melanggan takaful ialah 14.76%”
– Infografik MTA

“Takaful untuk pelaburan, bukan untuk simpanan”
– Infografik Bank Negara Malaysia | Central Bank of Malaysia (Official) gambar di bawah

Apa pandangan anda dengan fakta-fakta yang dikemukakan di atas?

Apa yang berlaku dalam industri insurans / takaful?

Kenapa kesedaran takaful masih lemah?

Industri takaful sudah lebih 20 tahun, tapi tak sampai 20% jumlah rakyat Malaysia yang melanggan takaful?? Maknanya, purata peningkatan setahun tak sampai 1%?

Fakta-fakta di atas kami kumpul saban tahun untuk melihat trend perkembangan dan pemasaran insurans dan takaful di Malaysia.

Selaku perunding takaful sejak tahun 2003, saya telah melihat perkembangan industri ini selama kira-kira 16 tahun.

Atas rasa tanggungjawab, saya gunakan media sosial seperti blog dan twitter untuk berkongsi tentang kewangan dan takaful.

Dalam masa sama, memberi kesedaran tentang kepentingan takaful serta cara untuk memilih takaful yang sebenar.

Ramai yang saya jumpa, langgan takaful tapi tak tahu pun apa yang mereka langgan.

Ada juga yang langgan sebab ejen selalu push.

Ada juga yang sign up sebab adik beradik jadi ejen, atau saudara mara atau kenalan.

Tidak kisah bagaimana pun Tuan-Puan melanggan takaful, tapi sangat penting untuk kita kita tahu apa yang kita langgani.

Dalam banyak-banyak produk kewangan, takaful yang paling banyak orang terkeliru.

Kekeliruan paling besar adalah fungsi takaful sebagai perlindungan yang selalu mereka menganggap seperti simpanan dan boleh dapat duit balik kalau tak claim. Ramai yang masih berfikir begitu.

Kemudian, selepas beberapa tahun melanggan dan bercadang untuk berhenti, terkejut sebab dapat sikit sahaja duitnya dibandingkan dengan jumlah yang dibayar.

Mungkin sebab itu kadar penembusan takaful masih di takuk lama.

Bukan sekadar pelanggan, malah juga tak kurang saya jumpa bekas-bekas ejen yang frustrated meninggalkan industri disebabkan perkara ini.

Atas rasa insaf dan tanggungjawab ini, saya menganjurkan klinik takaful yang meletakkan 3 sasaran;

1) Untuk para pelanggan review balik polisi sedia ada

(2) Untuk pengguna mengetahui cara utk memilih produk takaful berdasarkan kedudukan dan keperluan kewangan sendiri,

(3) Juga sesuai untuk rakan-rakan yang berminat menyertai INFAQ Consultancy sebagai perunding takaful

Detail di https://infaq.my/klinik-takaful/

Jika ada yang ingin anjurkan dengan menyediakan tempat dan peserta, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com