Takaful Sebagai Alternatif Dalam Perkongsian Perniagaan

Topik yang jarang dibincangkan ini ditulis oleh Tn Norajian Kamarudin di FB beliau.

 

Anda berkongsi membuka perniagaan dengan seorang kawan?

Jika rakan kongsi anda meninggal dunia,apa yang akan anda tanggung?

1. Hutang-hutang pembekal dan hutang bank. Pemiutang akan mencari rakan kongsi yang masih hidup untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut.
2. Waris rakan kongsi yang telah meninggal dunia. Waris2 akan datang untuk menuntut share mereka.

Bagaimana hendak mencari dana untuk menyelesaikan tuntutan-tuntutan tersebut.?

1. Jual asset syarikat.
2. Buat pinjaman bank/institusi kewangan.
3. Jual harta anda sendiri.
4. Cari rakan kongsi baru.
5. Tawarkan kepada waris untuk menjadi rakan kongsi.

Persoalan lain yang mungkin timbul ;

1. Mungkin terpaksa menjual asset syarikat dibawah harga sebenar kerana perlu dijual dengan kadar yang segera.
2. Mungkin kesukaran untuk pihak bank meluluskan pinjaman.
3. Adakah mencukupi harta anda yang hendak dijual. Lagi pula sanggupkah anda melepaskan harta pencarian anda dengan begitu mudah.
4. Mungkin perlu memberikan tawaran yang betul2 menarik untuk rakan kongsi baru anda.
Mungkin juga persefahaman dengan rakan kongsi yang baru tidak seperti rakan kongsi yang lama.
5. Mungkin waris2 simati masih belum cukup umur untuk menjalankan perniagaan. Atau waris2 simati tidak mempunyai pengalaman & pengetahuan dalam perniagaan.

Apa yang boleh dilakukan?

Wujudkan satu perjanjian jual beli dengan menggunakan sijil takaful sebagai dana perjanjian.

Tetapkan nilai jualan yang dipersetujui di dalam perjanjian tersebut contohnya RM500,000.

Masing2 rakan kongsi akan mengambil satu pelan takaful dengan jumlah pampasan yang dipersetujui. Kemudian meletakkan nama rakan kongsi masing2 untuk menerima wang pampasan tersebut.

Apabila berlaku kematian salah seorang, rakan kongsi yang masih hidup akan menggunakan wang pampasan takaful untuk membeli share rakan yang meninggal dunia daripada waris nya. Dan meminta waris melepaskan tuntutan ke atas perniagaan tersebut.

Sebahagian wang pampasan juga boleh digunakan untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com