Takaful Umpama Berlian?

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

Ramai yang ambil Takaful tapi tak faham kenapa kena bayar setiap bulan/tahunan sebab Takaful ni tak nampak depan mata hanya sijil saja yang dapat. Kalau langgan medical card dapat kad dan sijil Takaful je la. Jadi tak boleh hargai sangat nilai Takaful tu kan?

Kalau Takaful ni macam berlian yang sangat berharga, disimpan dalam “safe deposit box” yang dikawal dengan sistem sekuriti yang canggih, mesti kita sanggup bayar berapa pun kos nak jaga berlian tu kan?

Lagi pula kalau kita ada lebih daripada satu jenis berlian lagi la rasa nak jaga betul-betul supaya tak hilang atau kena curi, betul tak?

Tapi sudah tentu Takaful tak boleh disamakan dengan berlian sebab akad Takaful bukan akad jual beli. Akad Takaful adalah sumbagan untuk membantu sesama peserta. Bila ada peserta yang perlukan bantuan duit sumbangan tadi akan diberikan kepada peserta tersebut. Bila kita yang perlukan bantuan pula kita yang akan dapat duit tersebut.

Dan nilaian Takaful mestilah mengambil kira pendapatan tahunan kita sebanyak 5 hingga 10 tahun gaji. Ini dipanggil Takaful Income Protection/Replacement.

Jadi boleh ke samakan Takaful dengan beli berlian? Sebenarnya tak boleh tapi bayangkan nilai Takaful tersebut sama nilai dengan berlian mesti kita lebih menghargainya kan?

 

Rashid Mohaimin
Bukan penjual berlian.

INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

 

Buku Bijak Merancang Wang
RM37.00
www.bukubmw.com
Girl in a jacket