fbpx

Takaful Untuk Orang Sihat

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 203Words
  • 398Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad

 

Takaful untuk orang sihat, bukan untuk orang sakit. Orang yang diberi ujian sakit oleh tuhan tidak lagi berpeluang untuk sama-sama menyumbang dalam tabung ini.

Syarikat takaful adalah syarikat yang berorientasi kepada keuntungan. Itu realiti. Ia bukan badan kebajikan.

Walau bagaimanapun, syarikat takaful menjadi perantara dan alternatif kepada orang yang mahu dana pantas untuk bantu diri sendiri serta keluarga dan orang lain dalam menghadapi saat-saat tidak terduga dalam hidup.

Orang yang menyumbang dalam takaful tidak tahu bila akan mati (contoh).

Orang yang tidak menyumbang pun tidak tahu dan tidak mahu jika ditimpa musibah penyakit kritikal.

Orang yang menyumbang tadi, apabila beliau mati dan meninggalkan keluarga, maka hilang lah tempat bergantung untuk anak dan isteri si mati.

Penyumbang lain yang berhati mulia (yang belum mati) menjadi galang ganti kepada Keluarga si mati tadi. Sumbangan yang dibuat oleh mereka, boleh digunakan oleh keluarga si mati.

Tidak adil untuk orang yang sakit mahu menyumbang ke dalam tabung takaful sedangkan ramai lagi orang sihat yang turut menabung sama.

Begitulah seadanya. Usaha, doa dan tawakkal.

Bantu saya share info takaful ini supaya orang yang sihat berpeluang menyumbang bersama-sama.

Ahmad Mustapha Ahmad
INFAQ Consultancy
Pulau Pinang.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Razzaq Ajaq Kena Bayar Balik Sekaligus Semua…