fbpx

Takaful Untuk Rumah Yang Cover Bencana Alam, Termasuk Banjir

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 259Words
  • 789Views

Biasanya kita hanya melanggan takaful MRTT atau MLTT untuk takaful rumah. Ia hanya memberi manfaat perlindungan ke atas hutang rumah sahaja, tapi tak cover sekiranya berlaku banjir.

Berikut adalah takaful untuk rumah yang cover bencana alam, termasuk banjir:

1. HOUSEOWNER TAKAFUL memberi manfaat perlindungan ke atas fizikal rumah termasuk dinding, atap, pagar, dinding, garaj dan sebagainya.

2. HOSEHOLDER TAKAFUL pula memberi manfaat perlindungan ke atas barangan di dalam rumah termasuk penghuni rumah.

3. HOUSEOWNER & HOSEHOLDER TAKAFUL pula menggabungkan kedua-dua manfaat perlindungan di atas.

Coverage yang dicadangkan adalah ke atas nilai bangunan BUKAN nilai pasaran rumah. Maksudnya, jika nilai pasaran bagi sebuah rumah teres 2 tingkat ialah 500K, coverage untuk houseowner takaful mungkin sekitar 300k sahaja. Maksudnya jika rumah tersebut runtuh dan dan perlu dibina semula, kos pembinaan kembali ialah 300k. Nilai tanah tidak perlu dicover.

Jadual di atas contoh produk takaful houseowner dan householder beserta minimum cover dan caruman.

A. Houseowner Takaful dengan perlindungan 60K ke atas bangunan fizikal rumah, nilai sumbangan serendah 67.20 setahun atau purata 5.60 sebulan.

B. Householder Takaful dengan perlindungan 16K untuk barangan di dalam rumah dan penghuni rumah, nilai sumbangan hanyalah serendah 63.60 setahun atau purata 5.30 bulanan sahaja.

C. Bagi kombinasi Houseowner & Householder Takaful dengan perlindungan 76k, sumbangan serendah 121.10 setahun atau purata 10.10 sebulan.

Manfaat bagi takaful jenis ini bukan sekadar untuk banjir tapi juga termasuk insiden-insiden musibah lain seperti kebakaran, kilat, letupan, ribut, gempa bumi, hilang sewaan dan lain-lain. Kedua-dua manfaat ini boleh diambil berasingan atau bersama-sama.

Berbaloi tak?
Berminat?

Boleh mesej ke wasap.my/60192667025
Atau klik di sini untuk detail produk.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau tak silap saya, Koperasi Noriba ni yang bersungguh-sungguh mengatakan…