fbpx

Pelaburan emas leverage: Tinjauan risiko dan pandangan syariah di Malaysia (Update: Januari 2024)

  • 1 month ago
  • 9Minutes
  • 1739Words
  • 2617Views

Sejak beberapa tahun lalu saya diajak untuk menyertai bisnes dan pelaburan emas leverage. Malah seorang sahabat siap sponsor dan daftarkan nama saya.

Namun sehingga kini saya tidak membuat sebarang transaksi sama ada belian emas atau menyertai pelaburan emas leverage tersebut.

Antara sebab saya tak menyertai bisnes emas leverage, adalah disebabkan kurang konfiden dengan risikonya, juga atas faktor hukum.

Jemput baca beberapa tulisan oleh tokoh-tokoh kewngan dan muamalat di Malaysia.

1. Prof Ashraf Md Hashim, CEO Isra Consulting

Prof Ashraf Md Hashim, CEO Isra Consulting, yang pernah menjadi konsultan syariah produk QM

“Pelaburan Emas Leverage: Pandangan Syariah – antara Pertimbangan Mikro dan Makro

Di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai penasihat Syariah, bukan sahaja pematuhan Syariah secara mikro yang melibatkan rukun dan syarat sesuatu kontrak perlu diberi perhatian, kesannya secara makro juga perlu diberi pertimbangan. Ini adalah untuk memastikan tercapainya objektif (maqasid) Syariah yang secara umumnya diringkaskan sebagai “mencapai kemaslahatan dan menolak kemudaratan”. Kesan dari sesuatu perbuatan (ma’alat al-af’al) juga perlu diambil kira.

Di dalam sesetengah keadaan, sesuatu kontrak adalah patuh Syariah secara mikronya, tetapi perlu dihalang kerana membawa kepada kemudaratan secara makronya.

…Sudah sampai masanya skim pelaburan emas ini dikawal selia oleh pihak berkuasa. Sudah banyak skim pelaburan emas yang “tersontot” pada masa yang lepas. Janganlah ianya berulang lagi. Lindungilah pengguna dan pelabur. Mohon perhatian pihak kerajaan di dalam perkara ini.

Bacaan penuh tulis Prof Ashraf Hashim di sini

2. Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah

Tulisan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah, seorang penasihat syariah Islam dan juga founder website muamalat.my

“Modus Operandi Geng Emas Spekulasi Tayang Untung

“Pesanan saya, kepada masyarakat, jika konsep pelaburan emas guna kaedah dan modus operandi tunjuk untung hasil jual emas, ketahuilah ia bukan cara pelaburan simpanan emas. Ramai ulama mengharamkan spekulasi emas. Kita seboleh mungkin nak tutup ruang haram ini dalam pelaburan emas. Ramai lagi asyik bertanya pendapat saya pelaburan emas sebegini sebab mungkin masing2 nampak suspicious kan.. Ya.. Kalau ragu jangan sertai. Dari sudut pelaburan pun nampak tak kena, dalam Syariah pun banyak pertikaian.”

Tulisan penuh Dr Sufyan beberapa hari lepas boleh dibaca di sini

Beliau juga tulis di posting lain,

“Pelaburan emas sebagai wadah cari keuntungan atas perubahan harga semata-mata itu dipanggil spekulasi. Bab spekulasi terhadap emas dan wang ini banyak ulama tak benarkan.

Hakikat yang berlaku sekian lama dalam masyarakat kita walaupun disebut pelaburan emas ia sebenarnya menyimpan emas saja. Untung atau rugi itu bergantung kepada pasaran. Target utama simpanan emas adalah untuk menyimpan harta daripada dibelanjakan kepada perkara yang tidak perlu.

Jangka panjang, mungkin ada capital gain. Jika terpaksa guna emas, jual. Mungkin rugi spead, mungkin rugi jika dijual pada harga rendah. Tapi tak apa, yang penting ada emas untuk tujuan terdesak. Nak simpan duit memang tak lekat.

Itulah risiko yang diambil oleh penyimpan emas. Jangka panjang ia taklah menguntungkan sangat tapi ia mengekalkan nilai kuasa beli secara umum.

Apabila ada simpanan emas guna kaedah hutang, saya amat tidak setuju. Dapat gaji, beli emas, cagar emas buat hutang! Dan guna hutang untuk berbelanja. Caj profit hutang itu pasti, hutang itu pasti, harga emas naik belum pasti!

Ada juga sekarang kaedah hutang beli emas supaya dapat cepat untung bila harga naik. Beli 10 gram, buat hutang beli lagi 90 gram, dapatlah 100 gram. Hakikatnya 100 gram itu sudah dicagarkan. Kalau emas naik RM1 per gram untung RM100. Tapi kalau jatuh RM1/gram pun rugi RM100. Untung belum pasti tapi rugi caj pembiayaan (tawarruq) sudah pasti. Jika main leveraj dan nakkan profit perubahan harga semata-mata itu kelihatan seperti mendekati spekulasi.

Tulisan penuh di FB muamalat.my. Klik di sini

3. Dr Aznan Hasan

Dr Aznan Hasan, seorang penasihat syariah Malaysia dan berada dalam Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)

1- Sebarang pelaburan emas secara unallocated basis, adalah tidak patuh syariah.

2-Selalunya, jika terdapat unsur-unsur leverage, ianya amat sukar untuk patuh Syariah. Sekadar pengkajian saya tentang beberapa praktis leverage dlm pelaburan emas, kesemua praktis2 ini, tidak selari dengan syarak.

3-Hatta jika terdapat arrangement utk financing sekalipun, perlu berhati-hati, kerana kadangkala, financing itu tidak berlaku, atau jika berlakupun tidak secara 1 to 1. Maka terdapat masalah Syariah di situ. Jika berlaku secara qard, mungkin akan berlaku isu qard jarra naf’an dan bai’ wa salaf. Namun hakikatnya untuk berlaku loan yang diberikan oleh pengelola platform, amatlah payah untuk berlaku, kerana ia akan menyebabkan income pengelola platform tersebut berkurangan, dan level leverage yang dingini tidak akan boleh dilaksanakan. Jangan mudah tertipu jika pengelola platform kata mereka memberi loan.

4-Selalunya, leverage ini berlaku melalui arrangement secara “option-margin”, dan ini tidak patuh Shariah, atau lebih teruk lagi, hakikatnya tiada sebarang pembelian dan hanya berlaku benchmarking of the price (up and down), dan hakikatnya arrangement adalah secara CFD, yang amat tidak patuh Shariah.

5- Apabila berlaku delay in delivery dan tiada spot delivery (sama ada secara fizikal atau konstuktif), ianya amat sukar untuk patuh Syariah.

Tulisan penuh Dr Aznan Hasan di sini

Tulisan penuh Dr Aznan Hasan boleh baca di sini

4. Dr Abdel Rahmanov

Dr Abdel Rahmanov, seorag lagi penasihat syariah menulis artikel dengan tajuk LABUR EMAS BIAR JELAS

“Ramai orang bertanya tentang Public Gold dan Quantum Metal (QM). Jadi saya paparkan di sini ulasan saya.

…Namun tidak dinyatakan dengan jelas takyif fiqhi(adaptasi fiqh) bagi produk-produk emas tersebut. Sepatutnya Public Gold menyatakan dengan jelas konsep syariah yang digunakan.

…Saya melihat reseller QM gemar meletakkan logo bank dan pada paparan marketing mereka seolah-olah produk mereka disahkkan oleh bank-bank berkenaan.

…Pembekalan emas kepada bank-bank dan produk emas QM adalah dua benda berbeza. Reseller QM tidak boleh meletakkan logo-logo bank yang memberikan tanggapan yang tidak sepatutnya.

…Kesimpulannya, Public Gold mempunyai penasihat syariah. Cuma Public Gold perlu menyatakan takyif fqhi bagi produk emas mereka dan jelaskan isu-isu yang saya kemukakan agar kita berasa lebih tenang. Public Gold boleh meletakkan takyif fqhi dalam pronouncement produk-produk emas untuk rujukan pengguna.

…Secara jujur, saya berasa pelik dengan sikap QM, kenapa mereka menyatakan seolah-olah ISRA adalah penasihat syariah mereka sedangkan mereka sudah mempunyai penasihat Syariah yang baharu? QM perlu membetulkan fakta ini dengan segera. Mohon penasihat Syariah QM yang baharu melakukan tugasan dengan lebih baik.

Perlu diingatkan, Saya tidak mengatakan produk Public Gold dan QM tidak patuh syariah. Cuma ada beberapa isu yang perlu diperbetulkan dan dijelaskan kepada masyarakat. Moga kita mendapat maklumat pelaburan dengan jelas dan tiada manipulasi.”

Boleh baca penulisan penuh Dr Abdel Rahmanovdi di sini

Boleh baca penulisan penuh Dr Abdel Rahmanovdi di sini

5. Tn Hj Nik Hasyudeen

Tn Hj Nik Hasyudeen, bekas CEO Tabung Haji

“Jika ada kaedah pelaburan yang menyebabkan anda berhutang (leverage) risiko untuk menghadapi masalah apabila terlibat di dalam skim-skim yang pelik-pelik ini akan menjadi semakin tinggi. Jika laut pun ada pasang surutnya, pasaran aset yang penuh dengan tipudaya boleh mendedahkan anda kepada hutang mengejut juga.

Sebagai asas, janganlah menyentuh perkara-perkara yang kita tidak faham dan pemain-pemain yang kita tidak tahu asal usul mereka. Janganlah main ikut-ikut sahaja atau terpesona dengan label “patuh shariah”.

Buatlah kajian dan rujuklah kepada orang yang faham yang tidak terlibat dengan produk-produk yang anda mahu menilainya. Kalau tanya dengan orang yang terlibat, tentunya dia kata semuanya bagus.”

Tuisan penuh Tn Hj Hasyudeen boleh baca di sini

6. Dr Shahizan Md Noh

Dr Shahizan Md Noh, bekas orang kuat IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) yang kini seorang iFAR di bawah BNM

“”Sejak beberapa ketika ini, hal berkaitan emas semakin popular dibahaskan. Antaranya, keabsahan syarikat dan individu yang mengelolakan pelaburan, kaitan modus operandi yang mirip kepada skim cepat kaya, legitimasi penasihat Syariah selain perkara teknikal yang berkaitan.

Emas dan logam bernilai lain merupakan komponen pelaburan, yang memberi pulangan dan dalam masa yang sama boleh merugikan pemiliknya. Sejauhmana pendekatan seseorang individu terhadap emas sebagai salah satu pelaburan mahupun simpanan, bergantung kepada toleransi risiko masing-masing.

Berbalik kepada soal emas, harga emas memang kelihatan menokok saban tahun, namun, harus diingat, sebelum nilainya seperti sekarang, emas juga mengalami kemerosotan seiring dengan situasi ekonomi. ‘Eh, emas kan penampan kepada inflasi’… mungkin betul, tetapi tidaklah memberi jaminan harga emas tidak terkesan. Jadi, jangan terlalu taksub.

Singkap kembali sejarah ‘tulipmania’ dimana ketaksuban tanpa ilmu menjerumuskan pelabur pada ketika itu. Seperkara lagi, tidak usah lah kita mengajar orang lain supaya berhutang untuk melabur – sesuatu yang menjadi kepantangan kepada bakal pelabur. Jangan juga mengada-ngada me’nasihat’kan orang supaya berhenti dari pelaburan lain, dan tumpu pada satu komponen sahaja. Ini semua pengajaran dari peristiwa diatas. Jangan pula ada yang kata, saya samakan pokok bunga dengan logam pula ya… sekadar mengambil ibrah daripada musibah terdahulu.

Eloklah, isu yang timbul melibatkan satu entiti itu diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Pihak syarikat tampil secara rasmi menjawab, bukannya membiarkan ‘wakil tidak rasmi’ berhempas pulas di media sosial; ada ketikanya hilang profesional apabila ‘bertikam’ tanpa bersemuka, cuma di papan kekunci hinggakan hilang adab, kata bersulam biadab… Jika tidak boleh berunding; jangan menuding… Jika tidak mampu memberi sesuatu yang membina, jangan menghina…

Bacaan penuh tulisan Dr Shahizan di sini

7. Ust Hj Fazli Al-Masri

Ust Hj Fazli Al-Masri, seorang lagi penasihat syariah

PANDUAN UMUM PEMATUHAN SYARIAH PELABURAN EMAS MELALUI PENGALAMAN PERIBADI MELAWAT EMAS PERTH MINT AUSTRALIA

…Membuat penilaian syariah terhadap “unallocated gold” certificate (sijil akaun emas – emas fizikal dengan Perth Mint as where as is basis), after witnessing with my own eyes, saya berpendirian ia “TIDAK patuh syariah” kerana saya ditunjukkan oleh wakil perth Minth bahawa unallocated gold yang dimaksudkan adalah apa-apa emas mentah dalam inventori termasuk habuk-habuk emas dan saki baki emas diproses di merata-rata pada mesin dan kilang fabrikasi. Maka pada hemah saya ia tidak memenuhi syarat ta’yeen untuk proses taqabudh dan syarat ta’yeen untuk wadiah semula disimpan oleh Perth Mint. Dlm konteks di Msia, jika ada yg gunakan emas unallocated basis, nasihat saya sysrikat emas kena disclose dalam public disclosure mereka bagaimana shariah wise mereka resolve isu-isu berkaitan ta’yeen emas? Anyway pembekal memang suka emas unallocated basis sebab lebih murah belum ada kos fabrication dan tiada storage fee.

… Oleh sebab itu, dalam proses pematuhan syariah, kewujudan dan pelantikan penasihat syariah sahaja belum memadai, kita memerlukan end-to-end Shariah governance framework which facilitate kepada proper operational dan prudent public disclosures.

Shariah Auditor sebagai the final gate keeper wajib juga ada untuk memastikan apa-apa yang dinasihati oleh Penasihat Syariah benar-benar dipatuhi secara operasi dan pelaksanaan.

Sijil produk patuh Syariah oleh penasihat syariah sudah ada then bagus means part (1) is done, so nak kena make sure part (2) pula to be done iaitu “Shariah Audit”.

For regulated industry, Shariah audit adalah 3rd line of defence yg wajib kena ada, tapi utk unregulated industry pelanggan dan pelaburlah yang kena desak diadakan.

Tulisan penuh Dr Fazli boleh baca di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hairan betul geng-geng QM tak puas hati dengan posting saya.…