Tanda Miskin Jiwa

Sedih nak bagitau..

Hakikatnya sekarang ni ramai orang yang miskin jiwa. Miskin jiwa ni pula boleh bawa kepada miskin harta dan susah nak masuk Syurga.
Apa tanda miskin jiwa?

1. Dengki dan sakit hati bila lihat orang lain lebih berjaya dan senang daripada dia. Sepatutnya buat baik dan belajar, bukannya dengki dan menjauhkan diri.

2. Susah nak terima teguran. Dia rasa takda apa yang perlu dia ubah sebab dia sentiasa betul.

3. Tak rasa bersalah tak bayar hutang. Dia rasa lambat lagi nak mati, so boleh tangguh-tangguh lagi.

4. Suka meminta-minta. Bila dah dapat, rasa diri hebat sebab berjaya ambil kesempatan kepada orang lain.

5. Suka bersangka buruk dengan orang lain. Malah bercakap dan mengumpat kat belakang bila ada sangkaan-sangkaan tu, bukannya nak tanya tuan punya diri. Ni boleh jadi fitnah tau!

6. Tidak menghargai ilmu. Bila ada bayaran, dikatanya mahal. Bila bagi free, dikatanya takda value. Apa yang kau nak sebenarnya? Haha.

7. Terus rasa ilmu tu tak bagus bila buat tak jadi. Sepatutnya buat sampai jadi dan sentiasa tawakkal kepada Allah, barulah betul!

 

Semua yang di atas tidak saya tujukan kepada sesiapa.

Ia bertujuan sebagai peringatan sahaja, buat diri sendiri dan semua.

Kalau sifat tu ada, ubahlah.

Kalau takda, alhamdulillah.

Moga Allah kurniakan kita jiwa yang kaya lalu menjadi asbab untuk kita bahagia sampai ke Syurga. Aamin!❤

Ps: Nak belajar teknik-teknik mudah dan terbukti berkesan menjemput rezeki?
Klik link di bawah ya! Selamat membaca kawan-kawan.😊👍

👉👉 Klik di sini
Posting asal oleh Tuan Zuhairi Nopiah

Nak belajar ilmu kewangan secara bermodul? Klik www.bukuBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi