Tarik prospek dengan ilmu, bukan glamor

Satu muhasabah yang baik untuk rakan-rakan ejen takaful.
Tidak perlu tunjukkan income kita di media sosial.
Teknik ini sering digunakan dalam kalangan MLM tertentu, skim cepat kaya, dan skim piramid.
Ia memang berkesan untuk tujuan rekrutmen kerana orang tertarik dengan simbol kemewahan dan kejayaan.
Salahkah cara ini? Ia subjektif. Setiap orang ada justifikasi tersendiri.
Cuma bagi saya, cara begitu tidak saya lakukan untuk rekrut ejen takaful. Segan weh nak tunjuk income, rumah, kereta kepada pubiik sebagai bukti achievement kita
Saya lebih suka tarik dengan berkongsi ilmu-ilmu kewangan kepada publik, bukan dengan tayangkan kemewahan.
Dalam bab ni, saya respek ejen-ejen emas. Otai-otai mereka tak pernah tayangkan kemewahan dan income untuk buat rekrutmen.
Apa pandangan anda?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

