fbpx

Teknik Pemasaran Testimoni Dan Komen Palsu, “PM” Palsu Adalah Al Najasy Haram

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 325Words
  • 441Views

SOALAN:
Salam..
saya ingin bertanya tentang teknik pemasaran sesuatu produk. Adakah dibolehkan seseorg menjual produk melalui FB kemudian secara berjemaah mereka like n komen setiap profil rakan2 yg menjual produk sama.. kemudian dalam komen tersebut saling memuji n memesan utk membeli produk tersebut..padahal mereka blom pon merasainya sendiri. Tujuannya utk menarik perhatian kwn2 FB lain. Mohon penjelasan terperinci..
sekian terima kasih.

JAWAPAN:
Wasaalam, teknik pemasaran tersebut sangat TIDAK BERETIKA, ia boleh kita samakan dengan kaedah tanajusy yang dilarang oleh Nabi SAW. Begitu juga kaedah yang biasa digunakan oleh penjual online sekarang seperti mewujudkan “PM” yang palsu yang dibuat oleh sama ada rakan-rakan mahupun akaun fb yang fake. Konon-kononnya ramai yang PM untuk order sedangkan ia tidak demikian. Ia untuk memberi gambaran produk itu berkualiti dan ada permintaan ramai. Sebenarnya ia cuma gambaran palsu. Memberi gambaran palsu tentang jual beli, atau testimoni palsu, boleh kita masukkan dalam hukum bay al-najasy atau al-tanajusy. Rasulullah SAW berpesan dalam hadis sahih:
“Janganlah kamu melakukan tanajusy” [Bukhari dan Muslim]

Tanajusy ialah perbuatan acah-acah nak beli dengan niat untuk menipu orang lain supaya sangka ramai nak beli produk tersebut. Asalnya tanajusy merupakan amalan masyarakat arab yang buat-buat menawarkan harga yang tinggi kepada penjual, sedangkan mereka sudah berpakat, agar pembeli lain menyangka produk itu berkualiti tinggi dan boleh dijual dengan harga yang mahal. Ulama dalam membincangkan tentang isu ini telah menyimpulkan bahawa apa-apa jua pakatan antara penjual dan geng sekutunya untuk mengelirukan orang lain, termasuk dalam tanajusy dan al-khida’ iaitu penipuan.

Pertamanya ia haram kerena dia berpakat dengan kawan-kawan untuk menipu orang ramai, atau membuatkan orang ramai menyangka ramai nak beli sedangkan tidak ramai mahu beli pun. Keduanya ia mungkin menyebabkan orang ramai menyangka produk itu berkualiti dan harganya sepadan, sedangkan produk itu tidak berkualiti dan harganya tidak sepadan.

Namun jika testimoni itu adalah jujur, produknya benar-benar bermutu, ia tidak menjadi satu kesalahan.

Dipetik dari FB Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my
UNIVERSITI MALAYA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berapa lama duit RM 100.00 disimpan setiap bulan untuk menjadi…