fbpx

Terdiam, Muram dan Sedih Mendengar Hutang 1.2 Trillion Kg Vbr

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 374Words
  • 342Views

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila Shuri menyatakan hutang Wakanda sudah mencecah 1.2 Trillion Kilogram Vibranium.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat T’Challa terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

“Berapa lagi kita ada?”, Tanyanya dalam dialek Africa, Shuri tak berani menjawab..

T’Challa bertanya lagi…

“Cukup tak nak bagi rakyat BRIW (Bantuan Rakyat 1 Wakanda) sebelum raya ni?”, Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa African-nya semakin pekat.

Shuri: Cukup T’Challa untuk rakyat cukup,

T’Challa: Untuk Puak Jabari dan Puak Sempadan dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti Vibranium?

Shuri: Dalam proses T’Challa.

T’Challa: Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat BRIW dan royalti tu.

Shuri: Errr…pasal Tol tu T’Challa?

T’Challa: Takpa tu nanti saya panggil M’Baku tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat T’Challa mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah T’Challa menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangannya sarat hutang negara yang dibuat oleh Eric Killmonger, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi Black Panther kali kedua, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara Wakanda pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada T’Challa a.k.a Black Panther.

#WakandaBaru

Catatan oleh Afyan T’Kachaq.

Follow dan klik see first media-media sosial Afyan T’Kachaq utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan:

Facebook (Personal): https://facebook.com/afyan.ikhlas

Facebook (Page): https://facebook.com/afyan.ifp

Twitter: https://twitter.com/afyanIFP

Instagram: https://www.instagram.com/afyan.ifp

Telegram: https://t.me/tipsRM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Banyak juga polemik cadangan pelaksanaan manifesto PH untuk memperkenalkan skim…