fbpx

Cadangan Mekanisma Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 421Words
  • 346Views

Banyak juga polemik cadangan pelaksanaan manifesto PH untuk memperkenalkan skim KWSP untuk suri rumah.

Ramai juga yang mempertikaikan cadangan tersebut sebab ada bahagian yang perlu ditolak dari akaun suami.

Di pihak satu lagi mempertikaikan balik kenapa perlu berkira 2% untuk isteri yang selama ini berkorban masa dan tenaga untuk rumah tangga.

Kemudian ia dibalas pula bahawa mereka bukan mempertikaikan sumbangan untuk isteri sebab selama ini pun sudah banyak diberikan malah lebih dari 2%,. Yang dipertikaikan ialah mekanisma skim itu dibuat yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya.

Ia sudah menjadi polemik politik pula sudahnya.

Bagi meredakan polemik tersebut, ini beberapa cadangan saya untuk kementerian berkenaan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian.

Saya berikan maklum balas ini berdasarkan pemerhatian selaku perunding dalam bidang perkhidmatan kewangan selepas tulisan saya viral berhubung perkara ini berpandukan komen-komen yang diterima di posting berkenaan.

Ia adalah perkara yang positif diusahakan oleh pihak kerajaan dan saya secara peribadi tidak berminat untuk membawa perbincangan tersebut ke kancah pertikaian politik kepartian.

InsyaALLAH cadangan dan mekanisma yang saya usulkan ini meraikan pandangan-pandangan tidak kira bagi pihak yang menyokong mahupun yang menolak.

Ia juga meraikan pandangan rakan-rakan baik PAS, PH mahupun BN.

Cadangan mekanisma dan maklumbalas pelaksanaan skim KWSP untuk suri rumah

  1. Jadikan skim ini sebagai skim pilihan seperti PRS atau Public Retirement Scheme (Skim Persaraan Swasta). Jadi mana-mana suami yang mempunyai isteri suri rumah boleh membuat pilihan sama ada hendak mencarum atau pun tidak.

  2. Jika hendak wajibkan, letakkan beberapa pilihan peratusan yang ingin disumbangkan dari 0.5% hingga maksima 2% atau lebih. Jadi, ia tidak terlalu membebankan bagi yang bergaji rendah.

  3. Atau boleh letakkan minimum gaji untuk mewajibkan penyertaan skim ini. Contohnya, bagi yang mempunyai gaji RM4,000 ke atas sahaja. Ia juga selaras dengan manifesto pengecualian hutang PTPTN bagi yang mempunyai gaji RM4,000 ke bawah.

  4. Peruntukan 2% itu diberi pilihan kepada suami sama ada ia sebahagian daripada 11% potongan sedia ada atau tambahan berasingan.

  5. Dalam masa yang sama, RM50 peruntukan daripada kerajaan tetap berjalan kepada semua suri rumah tanpa mengira suami mereka membuat sumbangan KWSP tersebut atau pun tidak.

  6. Juga dalam masa sama, semua suri rumah adalah layak tidak kira suami bekerja makan gaji, suami bekerja sendiri, atau suami tidak bekerja.

  7. Jangan dilupakan juga suri rumah dari kalangan ibu tunggal yang ketiadaan suami sama ada suami meninggal atau bercerai. Mereka juga adalah suri rumah.

  8. Selain daripada itu juga perlu ada garis panduan yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam berhubung harta sepencarian tentang perkara ini supaya ia tidak menimbulkan isu di kemudian hari apabila berlaku kematian, perceraian atau poligami.

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
50 tahun dahulu, industri gula pernah "merasuah" saintis untuk keluarkan…