This is INFAQ
THIS IS INFAQ!
Saya jarang kongsikan gambar ahli team saya. ( gambar Event boleh rujuk di post ini )
Selalu saya kongsikan posting-posting mereka yang berkualiti.
Gambar-gambar ini dari program beberapa hari lepas, Award Night Half Yearly, KL Branch Takaful IKHLAS.
Ini sebahagian sahaja, ada beberapa lagi di luar Lembah Klang yang sepatutnya hadir untuk menerima award tapi tidak dapat atas faktor geografi.
Dalam industri yg paling banyak rejection, dgn majoriti ejen yg product pusher, dgn majoriti leader-leader industri yg mempromosi bisnes takaful dgn tonjolkan material – memang sukar utk mengumpul dan melatih tenaga-tenaga baru menyertai INFAQ Consultancy sbg ejen takaful dgn konsep advisory.
Tanpa mempromosi komisen berkepuk-kepuk, kereta mewah, rumah besar, melancong luar negara – modal yg saya gunakan hanyalah modul khidmat nasihat perkhidmatan kewangan berpandukan keperluan, kemudian barulah cadangan produk yg sesuai.
Modul ini saya namakan ia sebagai “Intelligent and Financial Quotient” atau ringkasannya INFAQ. Dari sini datangnya nama INFAQ Consultancy.
Sedar tak sedar sudah 16 tahun menyertai bidang perkhidmatan kewangan Islam, seusia syarikat pertama yg saya sertai dlm industri ini – Takaful IKHLAS.
Menyertai bidang ini tanpa sebarang matlamat pada awalnya, membawa saya menyambung pembelajaran professional Islamic Financial Planner (IFP) pada tahun 2011 selepas menyedari keperluan mengubah tanggapan ramai tentang ejen takaful yg hanya mementingkan sales, kepada ejen takaful yg bertindak sebagaimana perunding kewangan sebenar yg memberi solusi kewangan kpd pelanggan.
Tanpa menolak ke belakang, saya menongkah arus menolak mazhab mementingkan sales kepada mazhab mengutamakan keperluan pelanggan, sehingga saya “dibuang” dari ejensi.
Pernah seorang leader menyindir saya dalam suatu mesyuarat “Saya tak perlu ada IFP utk buat sales”, masih terngiang-ngiang dalam pemikiran saya sehingga hari ini. Malah ada leader lain mengatakan “Saya dah pernah cuba cara ini dahulu, tapi fail. Jadi lebih ikut cara yg majoriti ejensi lakukan”.
Ia menjadi satu suntikan semangat dan saya jadikan ia sebagai cabaran. Saya terima cabaran tersebut.
Ya, apabila menguatamakan khidmat nasihat berbanding closing, memang closing jadi lambat. Dan alhamdulillah, saya istiqamah dgn cara tersebut, memungkinkan saya mendapat apa yg ejen-ejen takaful lain dapat dalam industri ini seperti komisen yg lumayan, mampu beli beberapa buah hartanah, mampu membeli beberapa buah kereta, melancong ke luar negara dan sebagainya.
Sebenarnya, dgn cara ini saya bukan sahaja lambat close pelanggan, malah juga susah rekrut ejen.
Pernah ada prospek ejen baru datang ke sesi BOP saya, terkejut sebab tidak grand langsung. Ada juga yg tidak jadi sertai INFAQ suatu ketika dahulu sebab katanya INFAQ tidak meriah. Ketika itu team ini hanya 5-6 org sahaja.
Dan yg menyertai saya ialah mereka yg percaya kpd modal saya tadi – konsep khidmat nasihat atau “advisory approach”, tanpa bergantung kepada brand, syarikat, sentimen dan produk.
Bukan mudah utk mengajak orang lain menyertai bisnes ini tanpa tunjukkan “bukti” kereta dah rumah besar. Memang sengaja saya lakukan sebegitu supaya mereka yg menyertai INFAQ bukan sebab wang, material, kereta, rumah, melancong dll; tapi sebab visi dan misi yg dibawa.
Hari ini, saya perkenalkan inilah sebahagian ahli team saya di bawah #TeamTakafulINFAQ.
Mereka ini tulang belakang saya, yg menjadi rakan bisnes takaful saya.
Saya ke Russia baru-baru ini adalah berdasarkan penghasilan bisnes daripada mereka bagi kategori unit langsung. Kami berada di Top 3 sellluruuh Malaysia baru tahun kewangan yang lepas, 2018/2019.
Bagi tahun kewangan ini 2019/2020, Alhamdulillah kami mengekalkan prestasi dengan mengekalkan prestasi sama, Top Direct Unit bagi KL Branch.
Sekalipun dengan seribu satu cabaran luaran dan dalaman, kami berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan prestasi.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bertungkus lumus selama ini.
Juga terima kasih kepada rakan-rakan pelanggan INFAQ yang menyokong selama ini.
Selain daripada group #TeamTakaful ini, kami juga ada #TeamInvestment, #TeamPusaka, #TeamMedisavers yang diuruskan berasingan.
Afyan Mat Rawi
Group Agency Manager
INFAQ Consultancy
Takaful IKHLAS
“Plan Your Wealth, Change Your Life”
“Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan”
Nota;
Jika ingin menyertai kami dalam bidang takaful, boleh hadiri program ini;
Takaful Entrepreneurship Program (TEP)
27 November 2019, Rabu jam 8 mlm
INFAQ, Batu Caves
Tinggal lagi 18 sahaja kekosongan.
Detail di https://infaq.my/kerjayatakaful/
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran