fbpx

Tiada Bantuan Golongan M40

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 294Words
  • 469Views

Seperti biasa dan dijangka, golongan M40 tidak dapat banyak sangat bantuan daripada kerajaan dalam program PEMERKASA.

Golongan B40 atau Bottom 40, selalunya mereka yang susah dan menerima banyak bantuan seperti zakat, BRIM, BSH, BPN, biasiswa, pinjaman, bantuan buku teks dan sebagainya.

Manakala golongan T20 pula dari golongan yang senang dan tidak perlukan sangat bantuan.

Pengelasan baru isi rumah

Tapi golongan kelas pertengahan ini ialah golongan yang tersepit selalunya dari kalangan orang makan gaji baik swasta mahupun awam.

Mereka tidak layak untuk terima bantuan-bantuan yang kerajaan peruntukkan kepada B40 dalam masa sama mereka dikenakan dengan bermacam-macam cukai dan kos sara hidup yang tinggi untuk survival hidup.

Jika di bandar, mereka digelar poor urban atau miskin bandar. Orang miskin bandar tak sama dengan orang miskin di kampung. Orang miskin di kampung, rumah dan tanah milik mereka sendiri. Pendapatan RM1,000 ke RM2,000 tinggal di kampung menjanjikan hidup selesa dengan kos sara hidup yang rendah

Tapi bagi orang miskin bandar, mereka mempunyai juga rumah, kereta tapi realitinya kepunyaan bank walaupun gaji hampir cecah RM3,000. Kemudian ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi, mereka sangat tertekan.
Di WP KL dan Putrajaya, M40 adalah yang mempunyai pendapatan isi rumah RM7,000++ hingga sekitar RM15,000. Jumlah pendapatan setinggi itu jika di beberapa negeri lain, sudah masuk kategori T20.

Jadi, apa pilihan yang M40 ada?

Pilihan pertama, menempatkan diri dari kalangan B40, agar menerima bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan.

Pilihan kedua, berusaha menjadi T20 supaya tidak ada keperluan lagi untuk mengharapkan bantuan kerajaan.

Atau, tukar kerajaan? Itu pun belum tentu dapat bantuan.

Jika anda pilih untuk memperbaiki kewangan, boleh mulakan dengan membaca Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Ketik BukuBMW.com
Ketik BukuBMW.com
Ketik BukuBMW.com

Follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP utk dalami ilmu kewangan secara PERCUMA.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Membaca status-status dan komen rakan-rakan di FB, dan maklumat daripada…