fbpx

Tidak Ada Kempen Boikot Produk Non-Muslim Secara Serius

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 353Words
  • 439Views

Memang tak ada pun kempen boikot produk non-Muslim secara serius.

Jika ada pun, ia tidak praktikal, tidak akan berhasil dan 99% mustahil.

Yang ada ialah kempen sokong produk Muslim. Ia nampaknya dijalankan secara serius dan beberapa pihak.

Dari sudut rantaian ekonomi, sangat sukar satu produk keluaran Muslim sekalipun yang tidak ada langsung kaitan dengan non -Muslim.

Jadi, gerakan kempen sokong produk Muslim lebih praktikal, lebih praktikal untuk dijalankan.

Kempen “Buy Muslim First” membawa pengertian bahawa, jika ada 2 produk yang sama tapi ada pilihan produk yang dikeluarkan oleh orang Islam, utamakan produk Muslim dahulu.

Produk Muslim mahal? Ya, itu tidak mustahil.

Dari sudut harga, tidak dapat dinafikan dalam banyak situasi produk non-Muslim mungkin lebih murah berbanding produk keluaran Muslim.

Ia melibatkan pelbagai kos termasuk kos bahan mentah, kos pengeluaran, kos sumber manusia dan sebagainya.

Produk Muslim yang dikeluarkan 10,000 unit di kilang-kilang kecil tentulah tidak mampu untuk mengatasi kos per unit bagi produk yang dikeluarkan 100,0000 unit dikeluarkan oleh syarikat non-Muslim.

Anggap sahajalah ia sebagai jihad ekonomi kita membantu rakan seakidah seagama kita.

Ia terpakai dalam segenap aspek produk daripada produk makanan, barangan harian, pakaian, sehinggalah kepada produk perbankan, kewangan dan takaful.

Malah sebenarnya, ada juga produk keluaran orang Islam yang harganya setanding dengan produk non-Muslim.

Apabila kita membantu peniaga Muslim, rantaian ekonomi itu turut dirasai dalam pelbagai sektor lain.

Contohnya; zakat, sumbangan pembinaan masjid, pembinaan madrasah, memberi peluang pekerjaan kepada orang Islam – ia dilakukan oleh para usahawan Muslim.

Mustahil sama sekali syarikat non-Muslim yang keluarkan produk halal mengeluarkan zakat korporat, menyumbang kepada pembinaan masjid, surau dan madrasah.

Dalam masa sama, ia bukanlah alasan untuk para peniaga Muslim menaikkan harga produk mereka.

Memberi harga yang kompetitif juga adalah satu kaedah jihad sebagai usahawan Muslim. Dengan cara itu, produk keluaran Muslim akan lebih mendapat sambutan dan lama kelamaan dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Apapun ia adalah simbiosis antara peniaga dan pengguna.

Pengguna menyokong produk keluaran Muslim, dan peniaga mengeluarkan produk dengan harga kompetitif.

Apa salahnya sokong produk Muslim?

Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/afyanIFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara…