Tidak Perlu Beroperasi Dengan Sijil Halal

1. Membaca berita ini, teringat tulisan berkenaan restoran mamak yang pernah viral suatu ketika dahulu. Saya kongsikan beberapa tips untuk mengenal pasti restoran Mamak Muslim atau non-Muslim. Kebetulan sekarang hangat isu #BMF.

(Baca di sini)

2. Saya juga pernah berkongsi pengalaman saya pada hari cuti Deepavali tahun untuk mengenalpasti mana restoran yang dijalankan oleh pekerja Hindu. Secara logiknya, jika restoran Mamak Muslim, tiada keperluan bercuti pada cuti Deepavali. Dan selapis posting itu, ada owner yang PM saya mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim. Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.

(Baca di sini)

3. Restoran mamak cukup popular di negara kita walaupun ada banyak cerita- cerita tak sedap kita dengar berkenaan mereka. Namun ia tetap menjadi tumpuan.

4. Jika Persatuan Pengusaha Restoran Mamak menggalakkan ahli mereka mendapatkan sijil halal JAKIM, ia pasti disambut positif oleh pengguna terutama penggemar restoran mamak.

5. Atau paling kurang, PRESMA keluarkan direktori restoran mana yang menjadi ahli mereka. Dari situ kita dapat kenal pasti mana yang Muslim.

6. Saya sangat yakin, dengan direktori itu dapat memudahkan pengguna untuk memilih restoran mamak yang dimiliki oleh orang Islam..

7. Kalau dapat buat dalam bentuk Apps pun bagus. Kemudian di setiap premis ahli PRESMA, ada logo yang mengesahkan mereka dimiliki oleh orang Islam.

Best kan?

Apa pandangan rakan-rakan?

Afyan Mat Rawi
Jarang jadikan kedai mamak pilihan pertama.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com