December 22, 2022
Tip berikan bantuan pakaian di musim banjir
Tip berikan bantuan pakaian di musim banjir
1. Bagi pakaian terpakai, bukan pakaian yang tak boleh nak dipakai, yang dah koyak rabak. Mereka yang ditimpa musibah perlukan pakaian, bukan kain perca.
2. Lipat elok-elok. Janganlah bagi longgok macam baru angkat daripada penyidai.
3. Paketkan elok-elok, guna plastik lagi baik supaya mudah diuruskan.
4. Asingkan mengikut jenis pakaian, untuk memudahkan mereka membuat pilihan. Baju sesama baju. Seluar sesama seluar. Tudung sesama tudung.
5. Kalau dapat asingkan mengikut jantina, saiz adalah lebih baik supaya lebih memudahkan mereka memilih.
Ada tambahan?
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran