Tip Dan Strategi Yang Menjadi

Tip dan Strategi Menjadi (Nampak Macam) Kaya (walaupun sebenarnya sengkek). Startegi terakhir paling penting.

(Sebab tip membuat simpanan, tip melabur, tip jadi kaya dah terlalu mainstream)

  1. Sebaik sahaja grad, memilih cari kerja. Cari kerja yang ada kelassss gitewww. Selagi tak dapat, jangan kerja. Biar menganggur daripada kerja tak padan dengan ijazah.
  2. Lepas dapat kerja, kena selalu tak puas hati dengan bosss. Selalu merungut di tempat kerja. Baru kerja jadi berkat dan cepat naik gaji.
  3. Setiap kali dapat gaji, usahakan untuk habis secepat mungkin. Lagi cepat lagi bagus. Tak ada idea nak habiskan? Baca sampai habis.
  4. Membeli kereta mahal dan mewah adalah strategi terbaik untuk dilakukan sebaik sahaja dapat kerja. Apa barang pakai kereta Viva? Itu kereta orang miskin. Paling kurang Honda atau Toyota. Kemudian tukar setiap 3 tahun.
  5. Handphone kena beli paling update to date. Kemudian setiap tahun tukar baru.
  6. Rumah? Jangan layan la kalau takat rumah flat, rumah murah. Taste kena tinggi. Paling kurang double storey. Mahal? Salahkan kapitalis.
  7. Kalau makan, mesti dekat restoran mahal. Apa barang masak sendiri. Kita bukan kerja tukang masak. Executive kot.
  8. Tak cukup duit? Appy kad kredit. Selalu guna kad kredit. Kemudian bayar paling minima.
  9. Hutang kad kredit banyak? Apply pula personal financing. Boleh cover hutang kad kredit tadi. Buat maksima, supaya ada lebihan.
  10. Selalu-selalulah melancong ke luar negara. Boleh ambil gambar untuk kongsi ke FB dan Instagram. Kemudian update “Indahnya ciptaan Allah”
  11. Jangan langgan sebarang polisi takaful. Itu semua agenda Yahudi untuk kita tidak bergantung kepada Allah. Nanti kayakan ejen takaful sahaja.
  12. Perancangan persaraan? Tak perlu fikir lagi. Muda lagi kot
  13. Simpanan? Apa barang ASB / TH 5% – 6% setahun. Unit trust? Apa barang 10% setahun. Cari yang boleh bagi 10% sebulan!
  14. Jangan bazirkan duit beli buku kewangan atau datang seminar kewangan seperti #SeminarBMW, ia hanya mengkayakan orang penulis buku dan trainer sahaja.
  15. Kalau tak cukup duit juga nak buat apa? Salahkan kerajaan, salahkan Yahudi, salahkan kapitalis, salahkan bank, salahkan semua orang kecuali diri sendiri.

Jika amalkan kesemua tips di atas, makin cepat menuju ke #nerakawang

Ada lagi nak tambah? Yang terpilih saya masukkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP ( Follow dan klik see first untuk lagi tip kewangan dan kehidupan )

 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com