fbpx

Cadangan kepada Founder Misi: Alternatif jualan produk digital sebagai pengganti crowdfunding

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 365Words
  • 127Views

Ini komen penuh saya di FB Founder Misi. Ada 1,000 like sejak lepas saya komen pagi tadi, jadi saya share ke sini.

Assalamualaikum Tuan Founder Misi,

Ini kali kedua saya komen di platform medsos Misi.

Kali pertama pada video yang mengatakan bahawa Misi boleh menggugat industri takaful dan ramai tag saya utk komen.

Komen saya ketika itu ialah: saya yakin ia takkan menggugat industri takaful pun sebab target market berbeza.

Masing-masing ada peranan dan fungsi tersendiri. Selama ini pun dah lama wujud crowdfunding, tapi tak menjejaskan pun industri takaful.

Kedua-duanya boleh bergerak seiring dgn modus operandi berbeza.

Komen pertama

Itu kali pertama saya komen.

Komen kali ke2

Ini pula kali kedua saya komen di sini, selepas ramai juga yg tag utk minta saya ulas, akhir-akhir ini.

Cadangan saya, utk proses crowdfunding tu, better hold dulu sehingga semua yg berkaitan dgn undang-undang selesai.

Alhamdulillah, dah dilakukan berdasarkan kenyataan di atas.

Ia selalunya makan masa yg agak panjang jika start drp kosong.

Jadi, sementara untuk selesaikan, boleh tukar kepada jual prodik digital.

Maksud saya, jual produk digital utk menggantikan proses crowdfunding.

Kenapa produk digital?

Ia tidak memerlukan kos tinggi sebagaimana produk fizikal.

Contohnya ebook.

Cadangan saya ini berdasarkan pengalaman saya pernah membuat “crowdfunding” dgn cara ini.

Ketika itu saya disaman oleh scammer Alfafa dan ramai meminta untuk buka tabung guaman.

Saya serba salah utk kongsikan no akaun sebab tahu ia ada implikasi undang-undang.

Tambah pula saya ada ramai haters.

Jika silap langkah, memang akan kena hentam teruk.

Selepas mendapat nasihat peguam, saya tukar crowdfunding kepada cara ini.

Saya buka satu tabung jualan amal ebook Bijak Merancang Wang. Tiada harga diletakkan dan ramai membeli dengan niat menyumbang.

Alhamdulillah, ia ditutup selepas capai sasaran.

Jadi dengan kaedah ini, semua transaksi adalah jual beli produk, bukan lagi sumbangan utk crowdfunding.

Bisnes / jual beli – tidak mempunyai compliance undang-undang yg ketat seperti crowdfunding.

Jadi ia lebih mudah dijalankan dan pastikan ia produk real.

Saya yakin dengan kepakaran yg Misi ada, mampu menyediakan produk digital yg berkualiti utk dijual.

Keuntungan daripada bisnes tersebut boleh dijadikan modal utk projek seterusnya.

Jika projek yg dijalankan itu gagal sekalipun, ia tak melibatkan duit sumbangan orang ramai.

Semoga berjaya.

Wassalam.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Anak anda bawa duit berapa RM ke sekolah? Berapa RM…