fbpx

Tugas Wakil Takaful Umpama Wakil Rakyat

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 484Views

Tugas wakil takaful umpama wakil rakyat.

Wakil rakyat, mulanya akan berkempen untuk mendapatkan undi daripada rakyat.

Wakil takaful, berkempen untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan.

Selepas dipilih sebagai wakil, Yang Berhormat atau YB perlu bertugas memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi.

Begitu juga dengan wakil takaful, selepas pelanggan memberi kepercayaan kepadanya maka dia menjadi YB a.k.a Yang Berkhidmat kepada pelanggan.

 

Apabila berlaku musibah, kematian, kemalangan, lumpuh; wakil rakya perlu bersegera melawat kawasan dan menghulurkan bantuan.

Bagi wakil takaful, jika berlaku musibah, kematian, kemalangan, lumpuh; wakil takaful perlu bersegera menguruskan tuntutan.

Mana-mana wakil rakyat yang auta, tidak amanah, atau khianat tidak akan akan kekal lama.

Begitu juga halnya dengan wakil takaful yg auta, tidak amanah, atau khianat tidak akan akan kekal lama dalam industri.

Satu sahaja perbezaan antara kedua-duanya, wakil rakyat yang amanah dan berjaya memberi khidmat terbaik kpd rakyat selalunya hidupnya zuhud, tak tinggal rumah besar dan bukannya orang kaya kecuali dia memang ada pendapatan daripada bisnes lain selain sebagai wakil rakyat. Kalau kaya disebabkan join politik dan jadi wakil rakyat, tentu akan menjadi tumpuan SPRM.

Tapi bagi wakil takaful yang amanah dan memberikan khidmat terbaik kpd pelanggan, selalunya bisnesnya berjaya dan boleh hidup kaya raya.

Sebab itu saya taknak jadi wakil rakyat, susah nak kaya.

Barangsiapa berhajat ingin menjadi wakil rakyat Parti INFAQ, boleh isi borang http://infaq.my/kerjaya-takaful/

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya baru terima mesej ini, mungkin jika ada rakan-rakan yg…