UFO Di Hari Raya ?
Siapa pernah main “UFO-UFO” macam ni?
1. Guna kertas suratkhabar saiz A0 (saiz Utusan, bukan saiz Metro)
2. Potong jadi saiz 4 segi sama.
3. Lipat dari bucu ke bucu sehingga membentuk macam kotak, rujuk video.
4. Bakar di setiap 4 bucu serentak. Pastikan serentak dengan nyalaan saiz api yang sama. Baca Bismillah.
5. Haba dari api 🔥 akan berkumpul di tengah-tengah menjadikannya udara ringan menaikkan kotak akhbar a.k.a UFO itu ke atas sebagaimana dalam video.
6. Step No 4 dan 5 paling mencabar. Selalunya dalam 4-5 yang dibuat, satu sahaja yang menjadi.
Saya belajar dari pakcik-pakcik saya sewaktu kecil dahulu dan kini ilmu ini diperturunkan kepada anak-anak dan sepupu-sepapat mereka.
Ia permainan menyeronokkan lagi menjimatkan di hari raya.
Semoga legasi UFO ini diwarisi turun temurun.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran