fbpx

Ekonomi Malaysia Bermasalah?-Ini Teori Saya

  • 6 years ago
  • 5Minutes
  • 854Words
  • 391Views

Tidak dapat dinafikan, ekonomi negara kita “dilihat” bermasalah sekarang.

Dengan kerugian atas kertas pelaburan-pelaburan KWSP. Matawang Ringgit Malaysia pada kadar terrendah. Saham indeks jatuh teruk. Nilai saham syarikat-syarikat besar pun jatuh. Dan lain-lain lagi, rujuk tulisan saya terdahulu.

Saya ada teori saya sendiri.

Secara umumnya, jika membaca komentar-komentar “pakar-pakar ekonomi FB”, sekurang-kurangnya ada 2 kesimpulan / teori.

1. Pemimpin Malaysia sekarang memang tak pandai uruskan ekonomi negara. Ini paling popular. Ia disokong oleh laporan-laporan badan-badan antarabangsa, seperti The Edge, Moody’s dan sebagainya. Juga teguran demi teguran oleh beberapa tokoh ekonomi dan bekas Menteri Kewangan termasuk Anwar Ibrahim sendiri yang senada dengan Najib.

2. Apa yang berlaku ialah situasi normal. Pasaran akan pulih. Sekarang dalam proses correction.

Saya secara peribadi cenderung kepada teori yang kedua. Berikut adalah pandangan saya.

Saya tak fikir pemimpin negara yang ada hari ini tak pandai mengurus ekonomi.

Jika kita lihat satu persatu senarai pemimpin yang bertanggung jawab ke atas ekonomi negara kita, semua mempunyai pengalaman dan kredit masing-masing.

– Tun M, berpengalaman 22 tahun mentadbir Malaysia. Sekurang-kurangnya pernah lalui 2 kali krisis ekonomi Malaysia dan global pada tahun 1987 dan 1997.

– LGE, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadikan negeri itu mempunyai hutang yang paling selamat berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

– Tan Sri Zeti, bekas gabenor Bank Negara selama 16 tahun yang pernah berhadapan krisis sub-prima pada tahun 1997 ketika menjawat jawatan itu.

– Prof Jomo KS, ini pula otai dan pakar ekonomi bukan setakat di Malaysia malah beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

– Robert Kuok, manusia terkaya di Malaysia dan Top 100 manusia terkaya di muka bumi, dengan aset bersih RM14.8 billion.

Tokoh-tokoh di atas ialah Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan serta ahli Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Elders) yang memberi nasihat tentang ekonomi dan kewangan negara.

Secara logiknya, takkanlah mereka ini biarkan sahaja Malaysia makin teruk. Kredibiliti mereka akan tercalar jika itu berlaku. Mereka bermesyuarat setiap hari kot?

Dan mereka pun turut mengikuti perkembangan dan laporan-laporan ekonomi negara sebagaimana kita dan “pakar-pakar ekonomi FB” termasuk saya. Hahaha!

Mungkin teori dan pandangan saya ini tidak digemari oleh sesetengah pihak.

Tak mustahil apa yang berlaku hari ini (kejatuhan ringgit, kejatuhan nilai saham dll) adalah “dirancang” dan “dijangka” dari awal.

Jadi apa yang berlaku ia dalam kawalan.

Tujuannya ialah apabila situasi panik, pelabur-pelabur luar akan melepaskan pegangan mereka seterusnya nilai saham menurun, maka pelabur baru menambah pelaburan dan berpeluang mendapat untung apabila ia naik kelak.

Kita lihat beberapa syarikat-syarikat besar yang nilai pelaburan sahamnya jatuh;

1. Malayan Banking, institusi kewangan terbesar di Malaysia malah juga mempunyai jaringan pelaburan di seluruh rantau Asia. Kerugian atas kertas sebanyak RM11.99 billion atau -7.31%.

2. Tenaga Nasional yang kerugian sebanyak RM9.43 billion atau -10.34% merupakan syarikat monopoli pembekalan tenaga eletrik ke selllluuuruuuh rumah, pejabat, bangunan di Malaysia.

3. CIMB Group Holding yang kerugian sebanyak RM7.21 billion atau negatif 11.16% pula adalah pesaing terdekat Malayan Banking dalam sektor perbankan di Malaysia.

4. Axiata Group yang kerugian sebanyak negatif 9.83% bersamaan RM4.7 billion pula adalah syarikat konglomerat telekomunikasi antara yang terbesar di Asia yang memiliki 320 juta pelanggan.

Saya petik 4 syarikat ini di samping syarikat-syarikat lain seperti MyEG Services, Telekom Malaysia, Gamuda, YTL Corp dan lain-lain – semuanya syarikat yang mempunyai asas bisnes dan fundemental yang kukuh, dan bukan mudah-mudah untuk jatuh rugi dan bankrap.

Bahasa mudahnya begini;

– Takkanlah pelanggan Maybank dan CIMB akan keluarkan semua duit dari bank-bank ini.

– Takkanlah pelanggan Celcom Axiata berhenti subscribe Celcom dan tukar kepada Maxis atau DiGi tak pasal-pasal.

– Atau, rakyat Malaysia tiba-tiba putuskan eletrik dengan TNB. Hendak pakai eletrik mana? Takkan nak pakai Vibranium.

Apa yang berlaku ialah reaksi pasaran terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kebanyakan daripada pelabur luar negara. Tindakan berdasarkan sentimen ketidakyakinan mereka terhadap pelaburan di Malaysia.

Bisnes syarikat-syarikat yang berkenaan masih berjalan seperti biasa.

Maybank dan CIMB masih dicari oleh rakyat Malaysia untuk membuat personal loan selepas duit banyak habis untuk belanja raya dan gaji lambat lagi masuk.

TNB masih membekalkan elektrik macam biasa. Rakyat Malaysia masih membayar bil elektrik dan bil Celcom seperti biasa.

Percayalah, Malaysia masih aman. Tidak perlu panik sangat. Bagi pelabur jangka masa panjang yang mementingkan fundemental, tak perlu risau sangat tentang situasi d atas.

Cuma ada satu teori lain susulan daripada teori di atas. Situasi ini sengaja diwujudkan untuk menggambarkan Malaysia ditinggalkan dalam keadaan ekonomi yang teruk untuk kerajaan baru membina semula.

Kenyataan demi kenyataan diulang-ulang supaya rakyat mempercayai. Mungkin ini jugalah yang dikatakan “Manipulasi Hutang Negara” tempoh hari.

Apabila keadaan semakin baik, ekonomi “dilihat” pulih, saham semakin naik – maka Malaysia sudah “dibina semula”.

Hakikatnya, ekonomi dan kewangan negara sama sahaja sebelum dan selepas PRU.

Kita rakyat, masih makan nasi dengan harga yang sama sebelum selepas PRU. Dan kita masih menggunakan petrol dengan harga yang sama sebelum dan selepas PRU, kecuali RON97 yang baru naik.

Hanya tomato sahaja yang turun harga walaupun nasi tomato masih tak turun-turun semenjak Ramadhan lalu.

Daripada fokus pasal ekonomi negara yang tak mampu kita kawal, lebih baik kita fokus kepada ekonomi diri sendiri yang kawalannya 100% di tangan kita.

Afyan Mat Rawi

Nak tahu cara kawal ekonomi diri sendiri? Ikuti FB ini dan klik see first.

Jemput sertai Channel Telegram https://t.me/tipsRM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila saham-saham besar Malaysia mulai jatuh, ia akan memberi impak…