fbpx

Ultraman dan Persoalan Di Sebaliknya

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 556Views

Sedang menghabiskan saki baki cuti sekolah dengan anak-anak di kampung, boleh pula terlayan rancangan TV paling lejen ini.

Dari zaman budak, hingga zaman dah jadi bapak budak, superhero gergasi Ultraman ini masih menghiburkan.

Hebat betul pereka cerita Ultraman ini, ia boleh bertahan berpuluh-puluh tahun.

Jalan ceritanya sama sahaja dari dulu.

Cerita bermula dengan bandar yg aman -> bandar diserang raksasa -> rakyat melarikan diri -> pasukan penyelamat datang mempertahankan bandar -> anggota pasukan penyelamat hampir kalah -> tiba-tiba Ultraman datang -> Ultraman raksasa -> raksasa kalah -> lampu Ultraman berkelip-kelip dan dia terbang -> pasukan penyelamat gembira -> cerita tamat.

Dari dulu sampai sekarang, jalan cerita sama sahaja.

Musuh pun sama sahaja; Raksasa. Tak pupus-pupus walaupun sentiasa kalah dalam seriap perlawanan.

Tak ada musuh baru selain raksasa. Tak ada juga episod Raksasa menang.

Costume Ultraman dari dulu sampai sekarang, pun lebih kuang sama sahaja. Cuma kali ini nampak lebih up-to-date.

Tak ada jalan cerita konflik baru. Tak ada langsung pergolakan di kalangan ahli keluarga Ultraman ka.

Sampai sekarang 3 persoalan penting yg timbul sejak dari kecil masih belum ada jawapannya:

– Bagaimana bagkai raksasa diuruskan? Dikebumikan? Dilupuskan? Dibuang ke laut atau bagaimana? Bayangkan setiap minggu raksasa mati tentu tidak cukup pusat pelupusan sampah.

– Di mana perlunya pasukan keselamatan? Bukankah Ultraman seorang sudah mencukupi? Membazir duit rakyat sahaja utk menampung kos kapal pejuang, pejabat, senapang, peluru, pakaian seragam dan sebagainya.

– Setiap minggu raksasa datang memusnahkan bandar tapi setiap minggu juga bangunan sama masih ada. Sempatkah dalam masa seminggu utk membangunkan kembali bangunan 20 tingkat yg dirobohkan raksasa.

Siapa nak jawab?

(Gambar akhir sekadar hiasan)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hukum Troll - Oleh Mufti Wilayah Persekutuan Ringkasan; 1. Larangan…