fbpx

Uruf zakat emas di Malaysia

  • 1 week ago
  • 3Minutes
  • 464Words
  • 17Views

Awal tahun baru 2024 macam ni, memang elok kalau kita semak balik berat emas yang kita beli selama ini.

Kena semak sebab mana tau emas yang kita miiki tu dah wajib dikenakan zakat.

Jangan buat main ya sebab membayar zakat ini adalah kewajipan kita sebagai umat Islam.

Cuma kena faham, ada dua kriteria biasa kalau melibatkan zakat emas ni iaitu:

1. Emas perhiasan (emas yang dipakai)
2. Emas bukan perhiasan (goldbar, dinar)

Kalau emas perhiasan kena tahu nilai uruf. Apa maksud uruf emas ni?

Bahasa paling mudah disebut ialah kadar kebiasaan orang ramai memakai emas mengikut tempat. Di Malaysia, tempat di kategorikan mengikut negeri.

Jadi, berapa gram emas perhiasan dah layak dikenakan zakat?

Seperti yang saya katakan, ia berbeza mengikut negeri. Boleh rujuk sini:

  • Terengganu = 850 gram
  • Selangor =800 gram
  • Kuala Lumpur = 800 gram
  • Pahang = 500 gram
  • Perak = 500 gram
  • Johor = 425 gram
  • Pulau Pinang = 250 gram
  • Negeri Sembilan = 200 gram
  • Melaka = 180 gram
  • Kedah = 170 gram
  • Sabah = 152 gram
  • Sarawak = 90 gram
  • Perlis = 85 gram
  • Kelantan = Tiada uruf

Untuk emas pelaburan seperti dinar dan gold bar, sekiranya cukup 85 gram dan wajib dikenakan zakat.

“Jadi, berapa saya perlu bayar zakat ni tuan?”

Mudah sahaja.

(Berat emas yang dipakai – uruf semasa) x harga pasaran x 2.5%

Dapat jawapan, itulah kadar zakat yang dikenakan.

Jangan pening. Zaman sekarang ni zaman moden, semua benda boleh akses di hujung jari je.

Nah saya dah siapkan link bagi setiap negeri. Boleh semak dan gunakan. Alang-alang hari ni cuti, boleh la ambil masa kira berapa gram emas yang kita ada.

Ingat, zakat wajib dibayar ya. Kena tunaikan hak Allah dan selesaikan urusan kita sebagai hamba-Nya.

Rujuk link rujukan autoriti agama:

1. Terengganu

Kadar: Maidam.gov.my
Calculator: Ezakat.maidam.gov.my

2. Selangor

Kadar: Zakatselangor.com.my
Calculator: ZakatSelangor.com.my

3. Kuala Lumpur

Kadar : Zakat.com.my
Kalkulator: Zakat2u.com.my/

4. Pahang

Kadar: ZakatPahang.my
Kalkulator: ZakatPahang.my

5. Perak

Kadar: Maiamp.gov.my
Kalkulator : Maiamp.gov.my/

6. Johor

Kadar: Maij.gov.my
Kalkulator: Tidak dijumpai

7. Pulau Pinang

Kadar: Zakatpenang.com
Kalkulator: Zakatpenang.com

8. Negeri Sembilan

Kadar: Mains.gov.my
Kalkulator: Mains.gov.my

9. Melaka

Kadar: Izakat.com
Kalkulator: Izakat.com

10. Kedah

Emas Perhiasan: Jom.zakatkedah.com.my

Emas Simpanan: Jom.zakatkedah.com.my

11. Sabah

Kadar: Appszakat.sabah.gov.my
Kalkulator: Appszakat.sabah.gov.my

12. Perlis:

Kadar: Maips.gov.my
Kalkulator: Maips.gov.my

13. Sarawak:

Kadar: Tbs.org.my
Kalkulator: Tiada

14. Kelantan:

Kadar: E-maik.my
Kalkulator: Zakat.e-maik.my

Sejak beberapa bulan lepas saya join bisnes emas.

  • Tak perlu beli stok emas
  • Tak perlu simpan stok emas
  • Tak ada maintainance
  • Tak perlu buka kedai & sewa pejabat
  • Pendaftaran PERCUMA
  • Pakai sistem affiliate
  • Boleh dijalankan secara online 100%
  • Boleh dijalankan secara part time
  • Ajak orang daftar dan beli emas secara online.
  • Syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Dr Daud Bakar.

Meh beli emas, dapat emas dan berniaga. Tak nak meniaga dan nak buka akaun sahaja pun boleh, kami berikan sokongan yang terbaik.

Meh join saya di KAB Gold

Detail di sini
Daftar di sini

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nomura Global Shariah Semiconductor Equity Fund - MYR Class Pulangan…