fbpx

XFOX: Red flag!

  • 4 months ago
  • 2Minutes
  • 357Words
  • 328Views

Dah jadi macam kaunter pertanyaan pula 🤣

Sejak daripada awal tahun, ramai betul duk tanya pasal XFOX

Awalnya saya tahu tahu dan respon “tak ada info”. Rujuk 2 screenshot mesej di bawah, mesej daripada bulan April dan Mei 2023.

Tapi apabila bila diberitahu ia boleh memberi keuntungan secara mudah dengan menjanjikan keuntungan setiap hari, maka ia adalah “red flag”.

Respon saya “too good to be true”

Dan kemudian baru saya tahu, ia sudah ada dalam watchlist Bank Negara Malaysia sejak Jun 2023. Rujuk gambar di bawah.

Maka eloklah ia dijauhi. Jika ia bukan scam, pihak syarikat boleh memohon untuk keluarkan daripada senarai tersebut.

Perkara ini pernah berlaku kepada Public Gold dahulu apabila ada advisor yang gunakan nama PG untuk tawarkan pelaburan yang “too good to be true” sehingga ia masuk watchlist BNM.

Tapi kompeni mengambil langkah proaktif dan akhirnya berjaya keluarkan daripada senarai tersebut.

Tak susah pun nak mengenali sesuatu skim pelaburan atau perniagaan itu perlu dijauhi atau pun tidak.

Jika ia “too good to be true” maka berhati-hatilah.

Jika ia mudah sangat nak dapat duit, maka eloklah lari 90 km/j sebelum mengambil nafas dan berehat sebentar dan fikirkan:

  • Logik ke skim ni?
  • Daripada mana mereka dapat duit untuk bagi keuntungan?
  • Kalau betul untung, kenapa TH tak buat macam ni? Boleh hantar jemaah pergi haji balik hari?
  • Kalau betul untung, kenapa PN tak labur ke sini? Boleh bagi dividen 20% setahun?
  • Kalau betul untung, kenapa tidak kerajaan labur ke sini? Boleh masuk duit ke dalam ewallet seribu sebulan?

Ingatlah kawan, orang kaya takkan ajar kita menjadi kaya melainkan kita menjadi sebab untuk dia jadi lebih kaya.

Analogi mudah, jika ada orang jumpa lombong emas belakang rumah, adakah dia akan buat pengumuman rasmi ajak orang lain melombong bersama?

Sudah tentu tidak.

Jika ada orang tu bersungguh ajar labur sekian-sekian dan katanya akan dapat duit secara mudah, buat begini kepadanya

Sikat rambutnya ke tepi dan bisikkan kepadanya:

“Kalau begitu, aku pinjam dulu duit kau. Nanti untung aku bayarlah balik”

Selamat beramal!

Afyan Mat Rawi

Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga.

P/S: Selepas ini saya nak caj utk setiap mesej persoalan kena bayar seratus untuk respon, ok tak?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ternampak screenshot komen ini di FB Tn Aziz Riadi. Lalu…