fbpx

Perbezaan pandangan tentang pelaburan dan QM: Satu tinjauan kritis

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 343Words
  • 206Views

Hairan betul geng-geng QM tak puas hati dengan posting saya.

Saya langsung tak kata QM scam.

Saya juga langsung tak kata QM tak patuh syariah.

Saya juga tak suruh sesiapa untuk melabur atau memasarkan tak dgn QM.

Saya hanya kongsikan pandangan peribadi dan terserah untuk menilai.

Sebagai seorang financial planner, banyak kali saya diajukan berkenaan QM.

Lalu saya utarakan pandangan saya berkenaan risiko. Sama macam saya tulis pasal pelaburan lain spt ASB Financing, hartanah, Kripto, saham dan seumpamanya.

Kemudian saya kongsikan pandangan pakar-pakar muamalat di Malaysia berkenaan emas leverage.

Bab hukum, saya serah kepada pakar. Saya takkan pandai-pandai keluarkan hukum sendiri.

Tapi pelik geng-geng QM yg tak puas hati dengan tulisan-tulisan saya

Walhal mereka duk pakai video saya pasal tawaruq untuk promote QM sejak tahun 2021.

Tengok screenshot-screenshot ni, bersepah ejen2 QM duk pakai video saya pasal QM. Tak ada pula saya nak bising kat setiap video tu.

Saya anggap ia sebagai amal jariah sedikit ilmu kewangan Islam yang saya ada.

Tak ada masalah utk berbeza pandangan, jgn risau saya takkan blok selagi mana pakai akaun original.

Tapi jangan la nampak sangat try hard dan sentap. Dah ada FB sendiri, tulis la puas-puas.

Kalau singgung sikit macam ni pun nak sentap, tak payah main FB, elok main guli je.

UPDATE:

Dia kata, saya tak boleh tulis pasal QM sebab tak pernah terlibat dalam urusniaga QM

Kalau ikut logik dia, kena join scam dulu baru boleh tulis pasal scam.

Kena mati dulu, baru boleh tulis pasal mati 😂

UPDATE:

Asal gambar ini saya kaburkan nama tapi kemudian empunya diri kata tak perlu kaburkan. Gentleman.

UPDATE LAGI

Asal tadi tak ada plan pun nak promote buku. Tapi lepas dicadangkan oleh empunya diri yg komen screnshot ni, maka saya iklan la ya.

Lagi pun dah lama saya tak promote buku ni. Hihi…

Pengalaman saya melawan scammer seperti Alfafa, ARBA, Mecca Fund sehingga pernah disaman, pernah kena ugut, pernah bonzer datang ke ofis ada ditulis dalam Buku Tersontot Di Pintu Shorga

Tak mahal pun harga buku ni, RM15 sahaja, tak termasuk postage.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended