fbpx

Wakaf takaful, instrumen takaful yang jarang disentuh

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 370Words
  • 608Views

Biasanya apabila sebut takaful, kita akan kaitkan dengan hibah atau medical card.

Ada satu lagi fungsi takaful yang jarang disentuh, iaitu sebagai instrumen untuk wakaf.

Dengan instrumen wakaf melalui takaful, kita boleh peruntukkan sekitar 5% ke 33% daripada manfaat takaful untuk diwakafkan sebagai amal jariah kita di alam kubur kelak.

Sebagai contoh, dengan peruntukan 88 sebulan untuk manfaat takaful sebanyak 400k (hampir setengah juta), kita boleh peruntukkan jumlah itu kepada hibah, penama dan wakaf dalam satu polisi sebagaimana berikut:

  • Umur 30 tahun,
  • Sumbangan takaful 88 sebulan
  • Total manfaat takaful 400,000

Daripada 400,000 manfaat takaful itu, dibahagikan kepada 3 penamaan dengan 3 tujuan berbeza:

1) 50% atau 200,000 hibah kepada pasangan untuk menggantikan pendapatan yang hilang selepas meninggal dunia

2) 40% atau 160,000 penamaan biasa untuk 2 tujuan utama:

– untuk melangsaikan hutang yg dibuat ketika hidup,

– untuk diagihkan kepada ahli waris berdasarkan faraid

3) 10% afau 40,000 wakaf melalui absolute assignment sebagai saham akhirat

Ini adalah contoh perancangan kewangan melalui takaful menggunakan instrumen-instrumen hibah, absolute assignment, wakaf dan sebagainya, 2 bagi peserta berusia 30 tahun.

Setiap satu instrumen itu mempunyai fungsi masing-masing, bukan semua diistilahkan sebagai “hibah”. Hibah ada kelebihan. Faraid juga ads kelebihan. Ia saling lengkap melengkapi antara satu dengan lain.

Jika nak bagi isteri sebagai pengganti pendapatan, gunakan hibah. Tapi bukan untuk tujuan bayar hutang. Untuk tujuan bayar hutan, gunakan penamaan biasa atau absolute assignment.

Hibah adalah hadiah. Adalah janggal sekali apabila hadiah yang kita berikan kepada orang lain, kita minta penerima bayarkan hutang kita? Jika nak melangsaikan hutang yang ditinggalkan selepas kematian, jangan gunakan hibah tapi gunakan penamaan biasa atau absolutely assignment pada polisi takaful yang kita langgan.

Ini antara wrap up yang saya berikan kepada para perunding INFAQ Consultancy dalam sesi training mingguan kami tadi. Topik malam ini bertajuk “Wakaf dan Takaful”, yang disampaikan oleh Cikgu Yunus Saleh daripada Wakaf Pulau Pinang yang juga perunding di INFAQ Consultancy. Terima kasih kepada Cikgu Yunus dan sellllllluruh konsultan yang hadir dari selllllluruh pelosok tanah air.

Ini antara kelebihan yang ada dalam produk takaful yang kami pasarkan di INFAQ, satu polisi boleh merangkumi semua tujuan di atas. Ia sungguh memudahkan para pelanggan.

Ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan hibah, wakaf dan takaful? Klik di sini

Atau ada yang berminat untuk bersama kami sebagai konsultan dan tambah pendapatan? Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Akif Radzi https://www.facebook.com/akifradzi.infaq/posts/pfbid0iozQQuZQKFo6DyjGEkjsL49oixupnzkRnZPMyZrirWRdKcuL82PRAjckP5C7rwkxl KISAH OPR DAN RAKYAT…