fbpx

Waqaf Pun Boleh Dibuat Melalui Takaful?

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 272Words
  • 307Views

Waqaf pun boleh dibuat melalui takaful?

Tahukah anda, kita boleh wakafkan kepada mana-mana institusi seperti masjid, surau, maahad tahfiz, NGO dan sebagainya.

Selalunya produk takaful hanya sediakan wakaf kepada Yayasan Waqaf Malaysia. Tapi, sebenarnya kita juga boleh waqafkan sebahagian manfaat takaful kita untuk waqaf kepada mana-mana institusi yang kita inginkan.


Contohnya, dengan sumbangan RM100 sebulan, kita boleh dapat manfaat sebanyak RM300,000 ke RM1.2 juta sekiranya berlaku kematian, kita boleh peruntukan kepada beberapa perkara. Rujuk gambar selepas komik.

Contohnya sebagaimana berikut.

RM150,000 kita letakkan penama hibah atas nama pasangan.

RM100,000 kita letakkan penamaan biasa untuk tujuan bayar hutang.

RM50,000 kita boleh buat absolute assignment untuk tujuan waqaf kepada mana-mana institusi pilihan

Kenapa kita perlu asingkan penamaan hibah dan penamaan biasa? Sebab, hibah adalah hadiah. Tidak wajar untuk kita beri hadiah, tapi kita minta penerima hadiah untuk bayar hutang kita. Itu buruk siku namanya.

Sebab itu sebaiknya, asingkan antara hibah dan penamaan biasa. Ia boleh dilakukan dalam polisi yang sama. Tak banyak produk takaful yang membenarkan hibah dan penamaan biasa dalam satu polisi yang sama.

Dalam masa sama, polisi takaful tersebut kita boleh jadikan sebagai saham kita dia akhirat dengan menggunakan kaedah waqaf. Rujuk gambar kedua akhir.

Malah jika kita mahu menyumbang untuk komuniti dan waqaf ketika hidup, boleh tambahkan rider produk Barakah House ke atas polisi takaful kita. Contohnya, kita boleh tambahkan RM10 ke atas polis kita dan me jadikan sumbangan bulanan RM110.

Tambahan RM10 tersebut disalurkan ke tabung waqaf dan endownmen. Rujuk gambar terakhir.

Kredit komik: IG Aman & Friends

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended