Yang membebankan adalah hutang, bukannya riba
Pengajaran: Hindarilah hutang.
Pegang kemas-kemas prinsip ini:
“Semua hutang adalah hutang jahat, kecuali dibuktikan sebaliknya”
Tidak kira hutang bank, hutang along, hutang adik-beradik, hutang kawan, hutang rumah, hutang kereta, hutang runcit, hutang kotmamot, hutang emas dibawa belayar, hutang budi dibawa mati….
… Dan yang terkini, hutang Shopee.
Semua hutang secara asasnya adalah jahat dan menyusahkan. Hutang umpama kolesterol. Sedap, tapi akibatnya merana jika tak pandai kawal.
Tak dapat dinafikan, ada yang kategorikan “hutang baik”, “hutang jahat”. Tapi dalam banyak keadaan, hutang adalah jahat. Hutang adalah alat. Tak ramai yang mampu menggunakan hutang untuk kebaikan.
Umpama pisau, di tanya seorang Chef, ia digunakan untuk memotong dan menyediakan masakan yang sedap-sedap. Tapi di tangan seorang kanak-kanak, ia boleh menjadikannya luka dan cedera parah.
Serius, jika pandai menggunakannya, memang seronok dan sangat bermanfaat.
Ayat Quran paling panjang adalah berkenaan hutang.
Nabi Muhammad pun ajar kita supaya dijauhkan daripada hutang.
Rujuk Hadis Riwayat Abu Daud 4/353, saya Abu Said Al-Khudhri RA berkata:
“Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana.
Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?”
Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.”
Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?”
Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”
Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
““Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih.
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut.
Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”
Hadith dan doa di atas menunjukkan hutang itu menyebabkan hidup resah gelisah. Sudah barang tentu hutang yang dialami oleh sahabat berkenaan adalah hutang yang halal dan tanpa riba.
Ini menolak dakwaan sesetengah anti perbankan Islam yang mengatakan bahawa bank Islam masih ada riba, buktinya ramai yang muflis, hidup merana selepas menggunakan perkhidmatan bank Islam.
Sejak zaman Nabi lagi hutang yang tak ada riba pun boleh membawa kepada keresahan.
IKLAN: Bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang
Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW
RM49 shj!
+ Buku FIZIKAL, bukan ebook
+ Penghantaran PERCUMA
+Rakaman video Seminar Bijak Merancang Wang PERCUMA
+ Ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh! PERCUMA
+ FB Group Bijak Merancang Wang
+ Affiliate Buku Bijak Merancang Wang
Klik BukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran