fbpx

Pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2021

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 561Words
  • 398Views

Tengah buat kira-kira untuk bayar cukai pendapatan ke tu?

LHDN telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin bagi tahun taksiran 2021 untuk makluman semua pembayar cukai.

Tuan-Puan perlulah meneliti setiap satu daripadanya jika ianya terdapat dalam perbelanjaan gaji anda supaya anda boleh menikmati pelepasan cukai.

Nak tak nak kita tetap kena bayar cukai ye, Bak kata pepatah Inggeris, “Nothing is certain but death and taxes”.

Jadi, saya sudah siap-siap bantu rakan-rakan semua untuk senaraikan 26 jenis pelepasan cukai 2021.



1. Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / isteri / alimoni kepada bekas isteri : Terhad RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : Terhad RM7000

i-Bagi peringkat selain Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

ii- Bagi peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) – sebarang bidang atau kursus pengajian. Kursus up-skilling atau self-enhancement dalam apa-apa bidang kemahiran yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 – berkuatkuasa mulai TT 2021 hingga TT 2022. (Terhad 1,000)

2. Gaya Hidup, Perubatan & Peralatan Berkaitan

  • Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi pembelian dan langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar (termasuk langganan secara elektronik) dan (Bukan bahan bacaan terlarang). Terhad RM2500
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium.
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan). Tambahan RM2500
  • Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak termasuk basikal roda dua bermotor). Tambahan RM500
  • Bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan dan bayaran fi pendaftaran bagi penyertaan apa-apa pertandingan sukan yang mana penganjur tersebut diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
  • Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong (Perbelanjaan yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021) Terhad R.M1000
  • Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran) Terhad RM1000
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000 (termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000)
  • Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) Terhad RM8000
  • Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya) Terhad RM6000

3. Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa,(peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000

-Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas)

4. Caruman / Sumbangan

  • Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) terhad RM8000
  • Insuran nyawa Insurans Nyawa dan KWSP individu penjawat awam dan berpencen RM7000

ATAU

Kategori selain penjawat awam (Terhad RM3,000)

  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : RM250
  • Skim persaraan Swasta dan anuiti tertunda : RM3000
  • Insuran perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengajaran: Hindarilah hutang. Pegang kemas-kemas prinsip ini: "Semua hutang adalah…