Zakat ASB Financing
Baru-baru ini saya kongsikan bagaimana zakat ASB dikira, sekiranya perlu cleansing yakni untuk asingkan pelaburan tak patuh syariah.
Posting asal di sini
Dalam posting berkenaan, ramai pula tanya tentang bagaimana membuat kiraan zakat bagi ASB Financing.
Saya kongsikan panduan yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan
Pendekatan yang diambil oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berbeza sedikit jika dibandingkan dengan pendekatan yang diambil oleh Majlis Agama Islam Selangor.
Kedua-dua negeri mengambil keputusan fatwa ASB adalah harus, namun fatwa Selangor memutuskan bahawa keuntungan daripada ASB perlu dibersihkan. Ia menyebabkan cara kira berbeza.
Berikut adalah tulisan daripada PPZ WP, berhubung zakat ASB.
Situasi No 1, sama dengan posting sebelum ini, tapi dari sudut pendekatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, tanpa perlu cleansing.
1. Pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri
Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formulanya adalah seperti berikut:
[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen/ Pendapatan ASB] x 2.5% (Kadar Zakat)Contoh (i):
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 11,000 (Dividen / Pendapatan ASB 2019 iaitu 5.50%)
= RM 211,000 x 2.5%
= RM 5,275
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,275
Contoh (ii):
RM 15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 825 (Dividen/Pendapatan ASB 2019 iaitu 5.50%)
= RM 15,825 x 2.5%
= RM 395.62
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 395.62
2. Pelaburan dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank.
Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Adapun bagi modal pelaburan, tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan.
Formula kiraan adalah seperti berikut:
Dividen / Pendapatan ASB x 2.5%
Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB dengan menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.
2. Kes 1: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.
Contoh:
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2019: 5.50% dari RM 200,000 = RM 11,000
= RM 11,000 x 2.5%
= RM 275
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 275
Dalam contoh ini, nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2019 iaitu RM 13,968.
Mengapa dikenakan zakat juga?
Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.
Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi. Kaedah yang sama juga terpakai ke atas nilai-nilai lain di bawah nilai pelaburan maksimum.
2. Kes 2: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.
Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.
Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen/ Pendapatan ASB 2019: 5.50% dari RM 200,000 = RM 11,000
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 11,000 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM (2,188)
Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.
3. Perolehan selepas penyerahan semula sijil pembiayaan pelaburan ASB.
Sebahagian pelabur menggunakan kaedah membuat pembiyaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) dan menyelesaikan bayaran baki pembiayaan untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan.
3. Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.
Contoh (i) :
Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:
[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5% [RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 11,000 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 33,002.61= RM 33,002.61 x 2.5%
= RM 825.06
Zakat dikenakan adalah RM 825.06
3. Kes 2: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal selepas tamat tempoh pembiayaan.
Contoh (ii) :
Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.
[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 11,000 (nilai dividen semasa ASB)] = RM 211,000= RM 211,000 x 2.5%
= RM 5,275
Zakat dikenakan adalah sebanyak RM 5,275
Dengan penjelasan ini, diharapkan agar dapat memberikan manfaat dan kefahaman yang jelas kepada para pelabur dan muzakki.
IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.
—–
Topik ini dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW
Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu
1. Aliran Tunai
2. Aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan
Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di www.bukuBMW.com, setebal 320 muka surat halaman warna.
Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.
Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:
1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.
Ketik www.bukuBMW.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran