Zakat Kripto
Di Malaysia, dalam banyak pandangan yang diberikan oleh para alim ulama muamalat, Kripto adalah harus. Cuma ada sedikit khilaf pada sudut pandang sama ada ia sebagai matawang atau pun tidak.
Jika ia sebagai matawang, syarat muamalat lebih ketat berbanding ia sebagai aset digital yang bukan matawang. Sebagaimana hukum forex trading online yang haram, berbeza dengan hukum money changer yang harus dengan syarat ia berlaku on the spot.
Seumpama hukum emas berbeza apabila ia dalam keadaan emas gold bar atau jongkong emas, berbanding dengan emas perhiasan yang sudah berubah kepada cincin, gelang, rantai dan lain-lain bentuk perhiasan.
Apapun, dalam mana-mana situasi pun, ia perlu dizakatkan dan ini kaedah pengiraannya. Jadual ini saya dapat daripada salah seorang pegawai zakat Selangor, Tuan Faisal Rahim melalui Twitter beliau @acaiijawe
Perkara ini akan dimasukkan dalam website rasmi Pusat Zakat Selangor secara detail dalam masa terdekat.
Bagi yang berminat menceburi Kripto, boleh gunakan aplikasi LUNO yang diluluskan oleh Suruhannya Sekuriti Malaysia. Hanya Kripto yang disahkan patuh syariah sahaja di dalam aplikasi ini.
Dan masukkan code 5ZUNV6 utk dptkan 25 dalam e-wallet apabila Tuan-Puan memulakan pelaburan minima 250.
Suber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran