fbpx

Simpanan Pendidikan Anak

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 748Views
ketahui apa intrumen yang sesuai dengan simpanan pendidkan anak

Simpanan Pendidikan Anak

“Apakah instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak saya?” soalan begini begitu rutin kepada saya selaku seorang perunding takaful dan kewangan Islam.

Sebenarnya jawapan bagi soalan di atas sudah terkandung di dalam soalan tersebut!

Jawapannya ialah simpanan.

Ya, instrumen terbaik untuk membuat simpanan pendidikan anak adalah SIMPANAN!

Mungkin jawapan saya ini diskredit kepada saya selaku wakil takaful. Dan mungkin ada ejen unit amanah yang akan marah-marah kepada saya sekiranya saya katakan bahawa instrumen unit amanah (unit trust) bukanlah instrumen yang paling sesuai untuk membuat simpanan pendidikan.

(Nota: Saya juga adalah seorang ejen unit amanah yang berdaftar, tetapi tidak menjualnya)

Namun, hakikatnya ialah simpanan ialah simpanan.

Takaful ialah perlindungan. Takaful bukan simpanan, atau pelaburan.

Manakala unit amanah (unit trust) adalah pelaburan. Unit amanah bukan simpanan!

Kenal Pasti Instrumen Kewangan Anda

Saya pernah menyentuh perkara ini di dalam; Jangan Gunakan Kapak Untuk Memotong Sayur!.

Lebih detail lagi, saya juga ada menerangkan tentang konsep pengurusan kewangan menggunakan 7 langkah di dalam tulisan bertajuk 7 Langkah: Asas Pengurusan Kewangan,

Merancang Pendidikan Anak

Sebelum pergi lebih jauh lagi, dalam merancang pendidikan untuk anak-anak, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.

Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.

Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Ketiga; Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Contoh;

Pertama; Letakkan sasaran tempoh masa.

Untuk langkah ini, kira berapakah lama lagi tempoh yang kita ada untuk membuat perancangan. Jika anak kita berusia 6 tahun, sudah tentu berbeza tempohnya jika anak kita yang baru lahir.

Katakanlah umur anak kita setahun dan kita jangkakan dia akan masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka tempoh yang ada adalah selama 17 tahun.

Kedua; Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Seeloknya mulakan dengan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.

Katakanlah kos pengajian undang-undang bagi universiti tempatan adalah kira-kira RM 40K, dan anggaran 17 tahun akan datang adalah 80K. Ia adalah anggaran kasar berdasarkan trend inflasi semasa.

Anggaran RM 80K ini adalah untuk perbelanjaan yuran universiti sahaja, tanpa mengira perbelanjaan lain seperti makanan, buku, pengangkutan, penginapan dan sebagainya.

Ketiga; Jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

RM 80K dibahagikan dengan tempoh 17 tahun. Kita akan mendapat jawapan: RM 4706.00.

Maka, untuk mendapat jumlah simpanan bulanan yang perlu dilakukan, jumlah RM 4706.00 dibahagikan pula dengan 12 bulan.

Kita akan mendapat jawapan RM 277.00.

Maka, untuk mengumpulkan jumlah SIMPANAN pendidikan sebanyak RM 80,000.00 bagi anak kita yang berusia setahun pada usianya 18 tahun, kita perlu membuat simpanan rutin sebanyak RM 277 sebulan selama 17 tahun bermula daripada sekarang.

Ingat, ini untuk seorang anak. Bagaimana sekiranya saudara merancang untuk mendapat 5 orang anak?

Mungkin bersambung… 🙂

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

5 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan ini adalah sambungan daripada tulisan sebelum ini yang bertajuk…