Ini temubual dengan portal berita online malaysiagezzate.com, semalam.

Mahkamah sudah menolak saman pemula Norsham dan Alfafa dengan kos RM10,000.

Tempoh untuk bayaran RM10,000 itu sudah tamat lama dan mereka tidak membayarnya walau 1 sen sebagaimana dijangka.

Ada cadangan supaya saya mengambil tindakan untuk mendapat perintah penggulungan syarikat Alfafa.

Sebelum ini saya rasa malas hendak teruskan memandangkan ia memerlukan kos RM8,000 dan perlu habiskan masa untuk kerja-kerja naik turun mahkamah jika tindakan itu diambil.

Dapat menolak saman pemula mereka pun adalah satu kemenangan moral dalam perang melawan scammer ini.

Lagi pula, ia sebagai satu signal bagi mangsa-mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Norsham dan Alfafa.

Kini ia muncul lagi, menyebabkan saya rasa terpanggil untuk memikirkan cadangan itu sekali lagi.

Kalau ada yang boleh sponsor RM8,000 itu sekaligus, mungkin boleh teruskan. Segan juga untuk buat jualan amal untuk menampung kos guaman seperti baru-baru ini.

Apa pandangan rakan-rakan?

Comments

  1. Saya harap saudara dapat teruskan mengambil tindakan sewajarnya, lebih-lebih lagi bagi pihak mangsa yang telah melabur dalam perumahan Alfafa ini. Keluarga saya merupakan salah satu mangsa tersebut. Rata-rata pembeli adalah dari golongan bawahan yang ingin memiliki rumah tetapi tidak mampu. Saya sendiri telah menghabiskan wang simpanan yang dikumpul hasil berniaga kuih dengan harapan dapat memiliki rumah sendiri. Nak sumbang wang ringgit terus terang memang saya sudah tidak mampu. Saya doakan saudara boleh mendapatkan keadilan bagi pihak kami.

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?