fbpx

Antara Unit Trust Dengan Emas

Mana lebih baik antara unit trust dengan emas?

Ini antara soalan biasa yang saya terima dalam #SeminarBMW atau dalam mana-mana sesi ceramah tentang pelaburan atau dalam sesi analisa kewangan personal.

Kalau nak jawab mudah, begini respon begini;

“Dua-duanya bagus. Yang tak bagus ialah buat analisa perbandingan kedua-duanya tapi langsung tak melabur dalam mana-mana emas atau unit trust”.

Hahaha…

Itu jawapan malas + sentap + #nerakawang

Dalam tulisan kali ini saya cuba tulis secara ringkas perbandingan kedua-duanya.

Setiap satu ada kelebihan masing-masing.

1. KOS.

Kedua-duanya ada kos tersendiri.

Kos pelaburan emas yang utama ialah spread. Jika emas perhiasan atau barang kemas, akan ada kos tambahan iaitu kos upah. Emas perhiasan terpakai lebih murah kerana tiada kos upah.

Spread emas dari lingkungan 5% hingga ke 40%, bergantung kepada jenis emas dan syarikat. Emas perhiasan lebih tinggi spread dan kosnya.

Manakala unit trust pula, kos yang paling utama ialah sales caj. Selalunya sekitar 6% bagi pembelian secara tunai bagi dana-dana kategori ekuiti. Jika melalui KWSP ia serendah 3%. Ada juga yang 0% caj seperti dana money market.

2. MUDAH CAIR

Secara umumnya unit trust lebih mudah cari berbanding emas.

Kedua-duanya perlu dijual untuk mendapatkan tunai.

Jika emas, boleh dijual ke syarikat yang mengeluarkannya atau mana-mana kedai emas yang menerima untuk membeli balik. Ia jual beli secara fizikal

Manakala unit trut pula perlu dijual balik kpd syarikat fund house. Ia boleh dilakukan online atau offline.

3. RISIKO

Secara umumnya unit trust mempunyai risiko pelaburan yang agak rendah berbanding pelaburan-pelaburan lain seperti hartanah, saham, forex dan sebagainya.

Jika risiko naik turun harga, semua pelaburan tidak kira emas atau unit trust, mempunyai risiko tersebut.

Harga emas dan harga unit trust ada pasang dan surutnya. Beli dengan ilmu, bukan dengan sentimen.

Ada satu risiko pelaburan emas yang tiada pada pelaburan unit trust iaitu risiko hilang. Pelabur emas selalunya membeli emas dalam bentuk jongkong, gold bar atau barang kemas.

Ia ada risiko hilang, kecurian atau rompakan.

4. PERUNDANGAN

Pelaburan unit amanah dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti, manakala bagi pelaburan emas pula, tidak ada satu kawalselia khusus bagi emas.

Pelaburan unit trust juga disokong oleh Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjaga kepentingan pelabur unit trust.

Manakala emas pula oleh Federations of Goldsmiths & Jewellers Association of Malaysia.

Jika pelabur unit trust ditipu dalam pelaburan unit trust, boleh laporkan kepada SC dan FIMM dan ia mudah untuk pendakwaan.

Manakala jika ditipu dalam pelaburan emas, pendakwaan agak sukar kerana tiada badan kawal selia yang benar-benar mengawal selia pelaburan jenis ini.

Contoh klasik, kes penipuan emas Geneva, Tok Belagak dan sebagainya.

6. PATUH SYARIAH

Kedua-dua pelaburan ada pilihan untuk melabur secara patuh syariah atau tidak.

Bagi pelaburan unit trust, cara untuk memastikan ia pelaburan patuh syariah ialah dengan memilih dana patuh syariah.

Manakala bagi pelaburan emas pula, ialah proses pembelian supaya ia dibeli secara patuh syariah dan tidak terlibat dengan riba.

Jika beli emas melalui bank, pastikan melalui bank yang patuh syariah, seperti bank Muamalat, Kuwait Finance House dan Ar-Rajhi Bank.

Jika beli tunai, pastikan pembelian secara COD supaya dapat elakkan daripada riba.

Boleh juga beli emas melalui beberapa syarikat yang sudah disahkan patuh syariah dengan program-program yang ditawarkan, seperti Public Gold dan Hello Gold yang diperakui patuh syariah oleh Amanie Advisors (di bawah Dr Daud Bakar, tokoh muamalat Malaysia).

KELEBIHAN EMAS BERBANDING UNIT TRUST

1- Emas barang kemas boleh dijadikan perhiasan. Boleh dipakai oleh pemilik wanita. Unit trust tak boleh. Pernah tengok orang gantung kertas pelaburan unit trust dijadikan perhiasan?

2- Barang kemas yang dijadikan perhiasan, boleh dikecualikan dari zakat.

3- Pelaburan emas tidak direkod dalam sistem kewangan seperti CCRIS, CTOS dan sebagainya. Hanya pemilik emas sahaja yang tahu jumlah kekayaan mereka tanpa diketahui oleh pihak lain, jika emas dibeli melalui akaun bank.

4- Jika pemilik emas bankrap, harta dalam bentuk emas boleh “disembunyikan” kerana ia tidak boleh dikesan oleh bank melalui sistem kewangan yang ada hari ini, kecuali jika emas dibeli melalui akaun bank.

5- Emas boleh dipajak melalui Ar-Rahnu untuk mendapatkan tunai tapi unit trust tidak boleh.

KELEBIHAN UNIT TRUST BERBANDING EMAS

1- Unit trust boleh dibeli melalui skim KWSP. Kos lebih rendah berbanding pelaburan tunai. Manakala emas hanya boleh melalui tunai.

2- Unit trust mempunyai pendedahan kepada pelaburan yang meluas seperti ekuiti dalam negara, ekuiti luar negara, money-market dan sebagainya. Ia juga pendedahan kepada banyak sektor perniagaan termasuk perniagaan emas.

3- Unit trust merupakan pelaburan di atas kertas. Jadi, tidak ada isu tempat simpanan seperti pelaburan emas yang memerlukan tempat simpan sama ada simpanan sendiri atau lokasi lain. Jika perlu simpanan emas dalam peti deposit bank, pemilik emas perlu keluarkan kos tambahan.

4- Unit trust lebih mudah dicairkan pada bila-bila masa secara online untuk ditukar kepada tunai. Manakala emas perlu diuruskan pada waktu pejabat untuk urusan jual beli sebelum ditukar kepada tunai melalui bank, kedai emas atau syarikat pengeluar emas.

5- Pelaburan unit amanah dikawal selia oleh badan berautoriti seperti Suruhanjaya Sekuriti dan FIMM yang akan menjaga kepentingan pelabur dari sudut perundangan. Berbanding emas yang tidak ada badan khas yang menjaga kepentingan pelabur emas sekiranya berlaku pertikaian atau kes penipuan.

Ada sebarang tambahan? Boleh berikan komen. Jika releven, saya akan tambah maklumat di atas dari masa ke masa.

Afyan Mat Rawi, IFP
Jangan lupa klik see first.

Jika mahukan advise tentnag pelaburan unit trust menggunakan Platform Single License Investment, boleh PM tepi.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com